Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, September 12, 2010

Jambatan P.Pinang sesak akibat kebakaran


Kabel bervoltan tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Km 2, Jambatan Pulau Pinang terbakar menyebabkan kesesakan teruk di jambatan itu hari ini.

penang bridge is burningKebakaran kira-kira pukul 10 pagi itu menyebabkan pihak Penang Bridge Sdn Bhd menutup lorong kanan di kedua-dua arah, kata jurucakapnya ketika dihubungi.

Pengguna jambatan itu dinasihatkan agar berhati-hati.

Sementara itu, keadaan trafik di beberapa lokasi di sebelah utara Lebuhraya Utara-Selatan mengalami kesesakan tengah hari ini berikutan jumlah kenderaan yang banyak serta kebakaran di Jambatan Pulau Pinang.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memberitahu Bernama lokasi terbabit ialah dari Kuala Kangsar ke Ipoh Utara dan dari Juru menghala ke susur masuk Jambatan Pulau Pinang.

"Kejadian kabel elektrik terbakar di Jambatan Pulau Pinang juga menyebabkan laluan dari Pulau Pinang ke Perai dan dari Permatang Pauh ke susur masuk jambatan mengalami kesesakan," katanya.

Selain itu tarfik dari Behrang menghala ke Tapah dan Gopeng menghala ke Simpang Pulai juga sesak, katanya.

Di selatan, kesesakan trafik dilapor berlaku antara Skudai dan Kulai, selain di Nilai menghala ke Seremban, katanya.

- Bernama



KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive