Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, September 25, 2010

Dicekup separuh bogel


PUCHONG – Kecurigaan pihak berkuasa apabila pengusaha tidak membenarkan sesetengah pelanggan memasuki premisnya membongkar aktiviti sebuah pusat urutan refleksologi yang menjalankan khidmat seks kepada pengunjung di Bandar Puteri, di sini.

Dalam serbuan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kira-kira jam 2.45 petang kelmarin, seramai enam warga China sedang leka mengurut pelanggannya yang hanya berseluar dalam tanpa malu dan bimbang.

Difahamkan, hasil maklumat awam, serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguatkuasa, Mohd Hazdim Zulkapli bersama 13 anggota menyerbu premis terletak di Jalan Puteri 5/1, Bandar Puteri yang tidak mempunyai lesen perniagaan dan kelulusan daripada pihak Majlis.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, ketika serbuan, tukang urut menjalankan perkhidmatannya dalam sebuah bilik yang hanya berdindingkan langsir sebagai pemisah.

Katanya, pengusaha membahagikan ruang dalam premis di tingkat satu itu seperti bilik kecil untuk membolehkan tukang urut berduaan bersama pelanggan.

“Premis ini pernah ditutup awal Julai lalu atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen. Bagaimanapun pengusaha masih berdegil dan tidak menghiraukan tindakan penguatkuasaan dikenakan kepada mereka.

“Pengusaha premis pusat urut ini juga menggaji pekerja tukang urut warga asing berbangsa China yang dipercayai menawarkan khidmat seks bersama pelanggan mengunjungi premis tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

SH

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive