Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, September 21, 2010

Petisyen cabar Sultan Kelantan difail


PARAM (dari kiri) bersama Abdul Rashid, Tengku Abdul Aziz dan Tengku Merjan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra (gambar kecil) memfailkan petisyen bagi mencabar pemasyhuran anakandanya, Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru di Mahkamah Persekutuan di sini semalam.

Menurut peguam yang mewakili Tuanku Ismail, Datuk Param Cumaraswamy, petisyen tersebut bagi menentukan sama ada Tuanku Muhammad Faris mempunyai kuasa untuk meminda atau menambah Perkara 23A, Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Jelas beliau, di bawah Artikel 3(2) Bahagian Yang Kedua menyatakan perlembagaan itu boleh dipinda oleh Sultan dengan persetujuan dan penyertaan Majlis Penasihat Raja.

“Tuanku Ismail tidak menerima dan mengiktiraf pemasyhuran Tengku Muhammad Faris.“Tuanku masih Sultan Kelantan yang sah dan telah mengarahkan kami untuk memfailkan petisyen ini malah Tuanku sendiri menandatangani petisyen ini semalam (kelmarin),” katanya pada satu sidang akhbar di Kelab Taman Tasik Perdana di sini semalam.

KOSMO!

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive