Khamis, September 16, 2010
Perkasa Parahkan Lagi Retak Dalam Umno
Oleh Wira Arjuna
Arahannya cukup jelas - Umno harus menjarakkan diri dari Perkasa demi perpaduan Barisan Nasional dan lebih penting untuk mendapatkan semula keyakinan pengundi bukan Melayu, khususnya kaum Cina.
Namun arahan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja disanggah oleh pemimpin tertinggi parti secara terbuka, malah ditolak sendiri oleh Utusan Malaysia, akhbar kawalan parti itu.Adakah Najib menghadapi krisis kepimpinan dalam Umno? Adakah Najib kini ibarat nakhoda tanpa anak kapal?
Sekali imbas dipandang jelas isu Perkasa mendedahan kerapuhan kepemimpinan Najib sebagai teraju utama Umno.
Apabila arahan dan ketetapan Presiden boleh diperlekeh dan diremehkan oleh pemimpin lain, itu isyarat jelas beliau hilang kawalan ke atas partinya.
Hakikatnya ialah, pemimpin-pemimpin seperti Zahid Hamidi, Noh Omar dan Ahmad Maslan tidak merasakan perlu untuk mengendahkan haluan yang ditetapkan oleh Najib.
Begitu juga dengan Utusan Malaysia yang mempersoalkan sama ada tindakan meminggirkan Perkasa akan menjamin kemenangan untuk Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.
Justeru walaupun pemimpin seperti Setiausaha Agung parti Tengku Adnan Mansor dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin membuat kenyataan terbuka membidas Perkasa, komen-komen daripada Zahid, Noh Omar dan Ahmad membuktikan Umno semakin berpecah belah.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Mukriz mengambil ketetapan bahawa Umno harus menyokong Perkasa dalam mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.
Itu dinyatakan secara terbuka. Namun yang tersirat dalam sokongan itu adalah bahawa Umno juga harus bersekongkol dengan Perkasa dalam membidas sebarang cubaan untuk mempertikaikan dasar-dasar yang menyentuh hak keistimewaan orang Melayu.
Ini temasuk tindakan mengheret pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sendiri untuk siasatan polis kerana mempersoalkan pengagihan ekuti 30 peratus untuk Bumiputera.
Adalah menjadi “rahsia terbuka’ dalam Umno, bahawa Najib mempuyai ‘masalah’ dengan kalangan pemimpin kanan Umno dan seorang daripada mereka adalah Zahid Hamidi, bekas setiausaha politik beliau.
Zahid, kini seorang naib presiden Umno dikatakan kecewa dengan Najib kerana campurtangan kerabat keluarga Najib dalam urusan kontrak Kementerian Pertahanan yang dipimpinnya.
Susulan itu, Zahid bingkas mengisytiharkan bahawa bukan beliau bertanggungjawab atas kecurian dua enjin jet pejuang yang di dedahkan awal tahun ini, sekali gus cuba mengheret Najib dalam skandal itu, kerana beliau menjadi Menteri Pertahanan ketika itu.
Hakikatnya juga ialah, dalam dalil politik Zahid, beliau merasakan lebih afdal bagi dirinya beralih ke kem Muhyiddin Yassin dan Mahathir daripada memberi sokongan bulat kepada regu Najib-Hishammuddin.
Dengan mengambil kira pemilihan Umno yang akan berlangsung pada tahun 2012, dalil politik seperti ini juga menjadi dokongan pemimpin-pemimpin lain seperti Noh Omar dan Ahmad Maslan.
Persoalan yang tidak kurang menarik dalam semua ini adalah mana dan apa pendirian Muhyiddin Yassin ketika bosnya Najib dan Umno diasak oleh Mahathir dan Perkasa sendiri.
Sikap berdiam diri Muhyiddin hanya menguatkan spekulasi bahawa dua pemimpin tertinggi Umno itu sudah tidak boleh lagi bekerjasama kerana bersilang haluan atas isu-isu asas 1Malaysia.
Sisa-sisa kepercayaan antara mereka nampaknya semakin mengecil dan memberi kesan mendalam kepada parti tunjang Barisan Nasional itu.
Isu Perkasa jelas menzahirkan pemimpin-pemimpin Umno jauh daripada bersatu di bawah naungan Najib.
Sebaliknya ada antara mereka masih melihat kepada Mahathir untuk mencorakkan kepimpinan Umno pada pemilihan parti akan datang.
Sejak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno lebih setahun lalu, Najib dilihat sebagai lebih berkebolehan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Namun seperti Abdullah, Najib sukar untuk mengurangkan pengaruh Mahathir dalam Umno, dan isu Perkasa menzahirkan perbezaan yang ketara antara dua pemimpin itu.
Sama ada Najib mempunyai kemampuan untuk meminggirkan Mahathir dan Perkasa dilihat sebagai bakal menentukan kelangsungan beliau sebagai Perdana Menteri ke lima Malaysia.
SK

0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(3202)
-
▼
September
(214)
- Port’ memadu kasih dalam kereta
- Objek ganjil di bandar Pingyao
- Remaja didakwa laku persetubuhan luar tabii
- Dakwaan Umno Sogok Adun PKR – Kertas Siasatan BPR ...
- Hijau Kuning Negeriku: Tahniah!
- Bahana berkasih dengan isteri orang
- Penerjun maut di Menara Alor Setar
- UMNO Kehilangan Akal
- Timbalan menteri diarah bayar hutang RM1.6 juta
- Lima terbunuh, tiga cedera di selatan Thai
- Peneroka menang lagi kes saman Felda
- Star-Utusan Malaysia: Mana Satu Betul?
- Jagger ketagih seks
- Surat Terbuka Kepada Ketua Penerangan Umno En Reez...
- Janji jutawan kosmetik tertunai
- Boroi Kerana Puas Seks?
- Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri
- Najib Boleh Minta Obama Bantu Atasi 'Cartoon-o-pho...
- PRK DUN Galas; PAS Sentiasa Bersedia
- Gadis Awal 20-an Dakwa Dirogol Pakar Motivasi Berg...
- Branson: Perbicaraan liwat Anwar jejas pelaburan
- PAS tidak menipu, Umno lah penipu di Selangor
- Al-Fatihah : Adun Galas kembali ke rahmatullah
- PR perintah: Umno BN hilang kuasa, bukan Melayu
- Jual Beli Tanah Sosilawati Antara 290 Kes Disiasat...
- Satira: Banyak tanda tanya penahanan Zunar
- Aku ni pun bukan Melayu!
- Artis dicekup di rumah janda
- Keputusan Liga Perdana Inggeris 26/09/10
- Dataran Maksiat di Gemencheh..
- Anwar : Soalan Parlimen Akan Datang Lebih 'Menyeng...
- Dedahkan siapa pihak ketiga ganggu tugas polis
- Lawak Ahad: Pelupa
- Selangor Tidak Gentar Tuntutan RM308 Juta Syabas
- Lokasi mayat ditanam ditemui di ladang milik suspe...
- Keputusan Liga Perdana Inggeris 25/09/10
- Didakwa kerana dedah lokasi speed trap di twitter
- Nizar kata Mahathir perkauman, Izzah cabar Mahathi...
- Di penjara 10 tahun kerana rogol anak murid
- PR sempat memerintah Putrajaya hanya 2 tahun?
- Dicekup separuh bogel
- Zunar ditangkap polis, buku terbaru dirampas
- Polis nafi laporan akhbar Sosilawati dirogol sebel...
- First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri...
- 1MALAYSIA BERCANGGAH PERJUANGAN UMNO
- 2 wanita Kemboja dibogelkan selepas disamun
- Tuntut RM20 juta dari suspek
- Tanda-tanda Kematian Untuk Orang Islam
- Shamsul Gesa Khalid Ikut Prosedur Kanun Acara Jena...
- Rahsia Siapa Abdul Rahim Terbongkar?
- Rogol adik ipar: Lelaki dipenjara 30 tahun, 12 seb...
- RM1 juta untuk pembebasan suaminya?
- Padah Bapa 'Otak Lembu' Rogol Anak
- PEMBUNUH SOSILAWATI DAPAT ILHAM DARI KES ALTANTUYA...
- Isteri Jutawan India Tinjau Lokasi Bunuh
- Cek RM4 bilion: Kelantan senarai hitam l’DA World
- Kes Sosilawati: Waran tangkap ketua Pemuda PKR, MP...
- Ahli PKR Jangan Peduli Kepada Pengacau
- Sosilawati mati teraniaya: Nik Aziz
- Pembunuhan Altantuya, Sosilawati Ada Persamaan
- Maksiat Atas Jejantas
- Harga tokek 400gram sama dengan harga Toyota Alpha...
- Pesta mabuk sambut raya di Desa Pandan
- Hapuskan Semua Kumpulan Gangster
- Remaja Perempuan Hilang Ditemui Di Pulau Pinang
- Dua maut,satu terjatuh ke laut di Jambatan Pulau P...
- BN di ambang kehancuran?
- Bini puaka: Mahasiswa adakan himpunan
- Kes Bunuh Sosilawati: Lesen peguam suspek dilucutk...
- Petisyen cabar Sultan Kelantan difail
- Peguam: Penemuan Terbaru 'Nota Misteri' Beng Hock ...
- ANTARA PIMPINAN DIATAS DAN GELOMBANG BARU DALAM AM...
- Nota misteri ‘selamat tinggal’, peguam pertikai ku...
- Keputusan TM Piala Malaysia 20/09/10
- Ibu lahir kembar lapan ditawar bintangi filem luca...
- Pemimpin Umno Kritik TV Selangor Hanya Tunjuk Kebo...
- Dapat anugerah "Datuk" lagi ke?
- 9 Ekor Anjing Milik Suspek Ditembak Mati Kerana Be...
- Bahaya Pemimpin Gila Puji
- Polis siasat kematian rakan baik Sosilawati
- Keperitan rakyat: Cakap Najib hanya retorik
- Gadis dirogol ketika mabuk
- Laporan audit bukti hasil Kedah meningkat
- Pembunuhan kejam Sosilawati: Luahan suami Wati
- Kematian Jalanraya: 1 Dunia, Malaysia Boleh! Siapa...
- Rakan Sosilawati ditemui mati tergantung
- Lawak Ahad: Abang aku selalu buat
- Suasana Rumah Suspek Pembunuh Sosilawati
- 'Ustaz Kamal' MIC pula didakwa masuk masjid
- Khidmat seks guna iklan akhbar
- Fitnah: DAP timbang saman Utusan
- Keputusan TM Piala Malaysia 17/09/10
- Pelakon M. Rajoli Meninggal Dunia
- Ibu buang bayi kerana dirogol majikan
- Cuti Umum 16 September , Kejayaan Pakatan Rakyat
- Memotong kuku dan rambut ketika berjunub
- Wanita bogel larikan teksi
- Sos punca penyakit kronik
- Mengapa saya ajak Perkasa berdebat?
- Umno lawan Perkasa
- Perkasa Parahkan Lagi Retak Dalam Umno
- Gadis 16 tahun di Paksa Tayang Payudara dan Di Rak...
- Ayam sereban saling patuk punggung?
- Tujuh Anggota Polis Didakwa Cabul Ketua Ranting KE...
- Kes bunuh Sosilawati: Kesan dua telefon bimbit dal...
- Awas panggilan 'Doktor seks'
- Kejutan Ibrahim Ali yang kita tidak terkejut
- Keluarga Kamaruddin adakan solat sunat ghaib
- Planet asing sudah hancur
- Sandiwara Umno-Perkasa Mahu Paparkan Najib Wira 1M...
- Bomoh terlampau ditahan
- 4 mengaku bunuh, bakar Sosilawati
- Kisah 3 Pemuda Hitam Dan Jin Afrit Serta Kisah Mat...
- `Wasiat' Usang Dari Musa Hassan
- Kroni Perlu Dikorban, Jika Mahu Pulih Ekonomi
- Imam Perancis cipta masjid bergerak
- Blog pro istana Kelantan kesal laporan Utusan
- Jambatan P.Pinang sesak akibat kebakaran
- PDRM Berdiam Diri Kes Aminulrasyid
- Malaysia Today Diserang, Dihalang Siar Dokumen Bon...
- Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat dakwaan Musa
- Penjaga surau umpan telekung sebelum cabul
- Perutusan Aidilfitri Anwar Ibrahim
- Pemimpin BN mula pamer suara ‘tentang’ pendirian P...
- Pemaju dan Syabas disaman berhubung tanah runtuh d...
- Mesyuarat di reban ayam
- Adakah semua ini benar??
- Identiti pelacur kedua bersama Rooney didedah
- Pesta Hantu Lapar bingitkan masjid di Georgetown
- Lawak Mr. Bean dekat Raya
- Perutusan Eidul Fitri Presiden PAS
- Selamat Hari Raya
- Sokongan bukan Melayu paling kritikal pada BN
- Polis ada petunjuk
- Alat BN: Buka mulut setelah tarikh bersara diumum
- SUAP Buat Laporan Polis Terhadap TV3
- 24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN
- Depa dah raya dah tadi!!!
- Dey macha!!! kasi signal la!!!
- Penentuan Awal Syawal 1431H/2010M
- JPJ terima 26,880 gambar kesalahan trafik
- Meriahkan malam raya dengan bertakbir
- Pelacur kemaruk populariti
- Air zam zam dicampur air kosong
- Hishamuddin Rais: Umno 'kecutkan' minda Melayu
- Felcra: PAS belum dedah, Umno BN sudah cemas
- Kerang atas darah babi
- Santa 'Pak Haji', TV3 diminta tak ulangi kesilapan...
- TV3 Didakwa Cuba Satukan Agama Di Bawah Payung 1Ma...
- Tarik kereta macam pencurI
- Zainuddin Maidin Dendam Terhadap PAS
- Rakyat makin sedar fitnah media pro BN
- Lagi satu iklan raya buat hal...kah! kah! kah!
- Wajah2 Hina Islam. Mereka akan diambil tindakan?
- Najib Perlu Buktikan Teo Menyampaikan Tazkirah
- Dakwaan Zainuddin Boleh Dipertikai
- Saya masih waras- Guan Eng
- TV3suku tak kena tindakan ke?
- Dari Black Metal ke Surau as Solikin
- Adakah Apco Yang Lulus Terbit Iklan Raya TV3?
- ANALISA HALATUJU PKR PERAK MELALUI PENCALUNAN KETU...
- Bekas isteri penyanyi Nash hilang bersama pemandu,...
- Betul-betul 3 suku la bai
- Mat Said: Mana Zam-Zam al-la kazam!
- Bonus raya kakitangan awam mampu mangsakan yang la...
- Dapat lima saman dalam sejam
- Pelawak Terkenal Datuk Yusof Chong Meninggal Dunia...
- Fitnah Senjata Usang Umno Cetuskan Permusuhan Agam...
- Mufti Yang Berani Terjun Ke Dalam Api Neraka
- BN GOYAH BILA JAWATAN PETER PANG DIKEKALKAN
- Lawak Ahad: Yuran
- Polis Marin M'sia nafi bogelkan pegawai Indonesia
- Gambar fitnah: Polis digesa ambil tindakan segera
- Macam Mana Bentuk Perkasa Hendak Bantu Umno
- 4 lelaki seret wanita masuk van
- MP Serdang kini popular ‘YB Surau’, sangkal sumban...
- Selangor Disyor Jadikan Jumaat Sebagai Cuti Minggu...
- Si cilik Ardi sudah berhenti rokok
- Video Demonstrasi di Indonesia
- Umno saja boleh berpolitik di surau
- Umno sedang ghairah ‘menghodohkan’ wajah Islam
- Mansuh blacklist, bukan bayar ansuran
- BN bimbang tindakan saman oleh Kelantan
- Salah tahanan: Uthaya dapat RM145,000
- Remaja setubuh luar tabii dipenjara 10 tahun, 2 se...
- Misteri kain rentang berwajah sultan
- Darah di cadar
- Siasat Facebook guna ‘Melayu Babi!’
- Mampukah KPN baru bebas dari cengkaman Umno
- LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN
- Faekah: Lebih Baik Khir Toyo Diam...
- Laporan polis dakwa PM hina mahkamah
- 18 cedera bas terbalik di Km35.1 Lebuhraya Karak
- Pemuda PAS Buat Laporan Polis Terhadap Zam
- Mustapa Patut Jadi DO Bukan Menteri
- Biaq banyak belajaq dari kurang ajaq
- Malaikat Turun Ke Atas Kaabah
- Isu Masjid: usaha musuh Pakatan Rakyat Gagal
- 'Ganyang Malaysia' merebak
- Taktik baru elak ditangkap khalwat
- Khusrin Talam Dua Muka Didakwa Pujuk Nazir Masjid ...
- SELCAT Kesan 136 Ekar Tanah Perkuburan Cina Diusah...
- Jalur Gemilang dibakar lagi, Kedutaan Malaysia dil...
- NAFSU AMBANG MERDEKA
- Ketua Polis Negara diganti
- Khalid Samad: Nazir tolak majlis 'politik' PM
- Rempit Merdeka
- Isteri menteri pun tak tutup aurat di masjid
- Tandatangan online sokong hapus saman ekor
- BISNES GAJET SEKS KANTOI
- Apahal Khairy pulak yang terhegeh-hegeh?
- Merdeka sebelum waktunya
- Kalah Berhujah Umno-BN Guna Senjata Sentimen Perka...
- Berkhalwat dengan lelaki bukan Islam
-
▼
September
(214)