Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, September 24, 2010

Tuntut RM20 juta dari suspek


SHAH ALAM - Keluarga mangsa pembunuhan kejam di Ladang Gadung, Tanjung Sepat akan mengemukakan tuntutan saman sebanyak RM20 juta terhadap suspek utama kes itu, seorang peguam yang mendakwa bergelar ‘Datuk’.

Pengasas firma guaman Tetuan Kamaruddin & Partners, Kamarudin Ahmad berkata, jumlah sebanyak RM20 juta dianggarkan berdasarkan kepada jumlah waris mangsa yang terlibat dalam tragedi pembunuhan ngeri itu.

“Jumlah ini merupakan anggaran bagi kehilangan pendapatan yang dialami oleh waris mereka, khususnya waris terdekat bagi keempat-empat mangsa.

“Saya telah berbincang bersama beberapa peguam dan memutuskan jumlah ini berpatutan dengan kerugian dialami oleh lapan ibu, lapan bapa, dua isteri dan 12 anak mangsa serta ahli keluarga yang lain,” katanya kepada :Sinar Harian:, semalam.

Kamarudin berkata, pihaknya berharap pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menghalang suspek utama daripada menyorokkan astet-asetnya seperti kereta mewah, tanah dan lain-lain.

“Kita bercadang untuk mengenal pasti aset-aset lain yang dimiliki suspek utama untuk dimasukkan kaveat ke atas harta-harta itu.

“Tujuan kaveat adalah untuk menghalang suspek utama daripada melakukan sebarang transaksi ke atas harta miliknya,” katanya.

Beliau berkata, tindakan susulan hasil daripada keputusan itu akan diputuskan mengikut keadaan semasa.

“Selepas ini kita akan mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga mangsa bagi mendapatkan persetujuan secara rasmi daripada mereka dan berbincang secara terperinci mengenai perkara ini,” katanya.

Akhbar ini semalam melaporkan, Kamarudin akan mengadakan pertemuan bersama ahli keluarga mangsa hari ini.

Bagaimanapun, tarikh pertemuan bersama keluarga mangsa di firma guamannya yang terletak di Wisma Pahlawan, Kuala Lumpur ditunda esok.

Sementara itu, keluarga peguam Ahmad Kamil Abdul Karim akan menunggu perbincangan rasmi dengan firma guaman Tetuan Kamaruddin & Partners sebelum mempertimbangkan cadangan membuat tuntutan saman tersebut.

Bapa mertua Ahmad Kamil yang enggan identiti didedahkan berkata, beliau tidak boleh memberi ulasan lanjut berkaitan cadangan berkenaan selagi tiada hitam putih antara keluarganya dan firma guaman tersebut.

“Jika benar ada pihak yang mahu menawarkan khidmat guaman secara percuma bagi menuntut ganti rugi terhadap suspek, itu perkara yang baik.” katanya.

Dalam pada itu, bapa mertua Ahmad Kamil turut memohon supaya media memberikan ruang kepada keluarganya yang tertekan sejak berita kehilangan menantunya mula dilaporkan.

SH


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive