Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, September 24, 2010

1MALAYSIA BERCANGGAH PERJUANGAN UMNO


KUALA TERENGGANU - Ketua Penerangan PAS Negeri, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak sesuai bercakap mengenai 1Malaysia, termasuk cadangan Ujian 1Malaysia kerana beliau adalah Presiden UMNO.

Menurutnya, UMNO jelas memperjuangkan nasib Melayu dan menganggap 1Malaysia bercanggah dengan perjuangan parti itu.

“1Malaysia bercanggah dengan perjuangan UMNO sedangkan UMNO menentang kaum lain. Bila beliau buat polisi kenaikan pangkat, itu dia boleh buat tetapi dia tidak akan berjaya wujud 1Malaysia.

“Dasar 1Malaysia itu sendiri tidak sesuai dengan roh 1Malaysia. Beliau juga boleh buat ujian 1Malaysia tetapi tidak akan berjaya,” katanya, semalam.

Najib sebelum ini mencadangkan setiap individu, kumpulan dan institusi berpengaruh dalam masyarakat menjalani Ujian 1Malaysia bagi memastikan masing-masing bebas daripada bersikap perkauman.

Perdana Menteri berkata, ujian itu memerlukan mereka bertanya diri sendiri bagaimana pendirian masing-masing dalam isu etnik tertentu yang memberi impak kepada kaum atau agama lain.

Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat berkata, jika Najib mahu bercakap mengenai 1Malaysia, beliau perlu membaiki sistem dalam UMNO terlebih dahulu.

Pada masa sama, 1Malaysia dilihat tiada hala tuju dan melihat pemimpin UMNO terpaksa mewujudkan slogan sedemikian kerana bangsa lain berasa terpinggir akibat perhatian terhadap Melayu.

“Apabila nasi sudah menjadi bubur, baru mereka mahu buat 1Malaysia sedangkan bangsa lain sudah mula memberi undi dan perhatian kepada pembangkang,” katanya.-SinarHarianOnline

BO

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive