Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, September 16, 2010

Umno lawan Perkasa

Oleh Sakmongkol AK47

Assalamualaikum.

Ybhg Dato Pengerusi Tetap, Yab dato seri presiden, tan sri timbalan presiden, naib2 presiden, ketua wanita, puteri, pemuda dan para hadirin yang di hormati semua.

Apa dah jadi kepada Umno? Hari ini UmnoO kelihatan kalah dari segi moral. Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa telah menawan imajinasi orang Melayu. Bukan lagi Umno yang lantang dan berani bercakap mengenai soal orang Melayu, tapi Perkasa



Semenjak ianya di tubuhkan di Taman Melawati oleh Ibrahim Ali, Perkasa lah di lihat oleh orang Melayu sebagai wadah memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu. 2 perkara utama yang di perjuangkan ialah institusi Raja Melayu dan hak ekonomi orang Melayu. Perkara ini tegas Perkasa, adalah seiring peruntukan Perlembagaan Malaysia. ia tersurat dan tersirat dalam perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

Dimanakah suara Umno dalam hal ini? Tidak ada melainkan suara yang menghentam Ibrahim Ali. Ini suatu pendekatan yang kurang cerdik. Kita hentam Ibrahim Ali dia akan terus releven dalam kalbu orang Melayu. Kita hentam Ibrahim Ali, kita menghabiskan beras sebab Ibrahim tetap kekal Ibrahim Ali. Kita hendak cop dia sebagai katak atau sebagai orang yang keciwa, fakta nya, apa yang di perjuangkan oleh Tok Him mendapat sambutan orang Melayu. Orang Melayu enggan mendengar apa Tengku Adnan Mansur atau Nazri Aziz atau Khalid Nordin bahkan apa yang KJ nyatakan.

Kenapa ini terjadi? Ia terjadi sebab Najib bukan lah general yang baik. Anak buah pergi berperang tidak di bekalkan dengan persenjataan yang lengkap. Anak buah pergi bertempur, tidak mendapat sokongan 100 peratus.

Punca utama kegagalan pimpinan Umno dalam hal ini ialah kesalahan Presiden UMNO sendiri. Jika leftenan dan pahlawan Umno di suruh berperang dengan Ibrahim Ali dan Perkasa berilah mereka alatan secukupnya. Berilah mereka sokongan 100% yang tidak berbelah bahagi.

Sehingga kini sikap presiden Umno sangat ambiguos dan ambivalent. Sikap Presiden Umno seperti Tuhan Hindu yang berwajah banyak. Ravana dalam epik Hindu di gambarkan mempunyai 10 kepala dan wajah, setiap satu melambangkan tahap kesedaran yang tinggi. Umno?

Tidak ada kesedaran. Dr Mahathir pernah menggambarkan Anwar Ibrahim sebagai Tuhan Hindu ini — yakni didepan suatu kumpulan dia bercakap A, tapi di hadapan kumpulan lain, dia bercakap B. ertinya, untuk setiap situasi yang berbeza, dia akan guna wajah dan kepala yang berbeza.

Jadi di hadapan kongres Ekonomi Perkasa, Najib akan lebih Melayu dari Melayu nya Ibrahim Ali. Dia tidak akan mebelakangkan elemen DEB. Dia anak Tun Razak. Dia anak bapak bukan anak Omak. Di dalam Kongress Cina, Najib berkata NEM atau Model Ekonomi Baru lah dasar ekonomi nya. Dalam mesyuarat MKT dia mengarahkan pimpinan Umno memerangi Perkasa dan menjauhi Perkasa. Tapi dalam temu ramah CNBC, kita tidak memusuhi Perkasa. Yang mana satu?

Akhirnya, Najib tidak akan mendapat sokongan orang Melayu dan hilang kepercayaan orang Cina. Fakta nya, MCA sudah tidak lagi mewakili suara kepentingan orang Cina. Peranan dan fungsi tersebut di ambil alih oleh DAP dan Cina PKR.

Dimana kah kita telah gagal?

Perkara yang kita patut hentam ialah bukan Ibrahim Ali tapi idea dan mesej yang hendak di bawanya. Kesilapan yang paling besar yang di lakukan Umno ialah kegagalan menawarkan idea dan mesej yang lebih baik bagaimana program Umno lebih baik dari program Ibrahim Ali. Ini yang gagal di lakukan oleh Umno.

Dimana letaknya punca kegagalan Umno? Pertama ia disebabkan kegagalan presiden Umno menyampaikan pertutusan nya dengan tegas, terang dan nyata. Pimpinan Umno yang lain tidak faham atau tidak berani senada dengan presiden mereka.

Idea Najib tentang program ekonomi( MEB), idea tentang mereformasikan perkhdimatan Awam, idea nya mengenai 1 Malaysia siapa yang bikin? Kesemua idea idea ini kelihatan di fikirkan oleh sebuiah badan runding cara yang di sampaikan kepada Najib untuk dia jadikan fikiran ‘orginal’ dari nya. Sayang nya, idea idea tersebut tidak di fahami oleh pimpinan Umno yang lain apatah lagi oleh majoriti ahli Umno. Tidak ada pimpinan Umno yang bercakap mengenai nya selain dua tiga orang. Kita tidak dengar ketua2 bahagian Umno bercakap mengenai nya. Sebahagian besar ahli MKT terus membisu mengenai nya. Timbalan Presiden dan Naib Presiden tidak menghuraikan idea Presiden Umno.

Pendek kata idea Najib tidak di suara dan juarai oleh pimpinan politik. Maka idea Najib terus di juarai dan di suarakan oleh orang bukan politik dan firma juru runding. Dan kita sema tahu masa depan idea pemimpin yang tidak di kongsi bersama dan tidak di sokong oleh tekad politik.M/I

* Sakmongkol AK47 is the nom de plume of Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. He was Pulau Manis assemblyman (2004-2008).





DD

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive