Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 29, 2010

Janji jutawan kosmetik tertunai



Wati setia tunai janji

BATU PAHAT – Janji jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, kepada ibunya, Yatmi Abdul Rahman, 77, tertunai apabila perabot yang sepatutnya menghiasi rumah ibunya pada Aidilfitri tahun ini, akhirnya tiba jua pada 25 September lalu.

Sosilawati berjanji hendak menghantar perabot itu sendiri dan sepatutnya tiba sehari sebelum raya lalu, namun tidak dapat dihantar kerana dia dilaporkan telah hilang semenjak 30 Ogos yang lalu.

Yatmi berkata, dia begitu sedih melihat perabot yang bernilai RM27,000 ini kerana terkenangkan anaknya yang tidak sempat melihatnya menggunakan perabot berkenaan yang terdiri daripada sofa dan juga set meja makan.

Katanya, setiap kali melihat perabot ini dia teringat dengan janji Wati yang mahu menghiasi rumah ini dengan perabot yang baru dan janji berkenaan telah pun tertunai sekarang.

“Walaupun perabot berkenaan telah sampai, tetapi Watinya dah tiada, makcik akan ingat hadiah terakhir Wati ini sampai bila-bila dan makcik akan menjaganya dengan baik.

“Selain perabot, hadiah yang makcik paling suka rumah yang menjadi tempat tinggal makcik sekarang, dulu buruk sangat, rumah kayu tetapi sekarang dah Wati buatkan yang baru,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu, adik Sosilawati, Rosnani Lawiya, 45, berkata sebelum dilaporkan hilang, kakaknya ada menghubunginya supaya mengosongkan rumah kerana hendak diisi dengan perabot baru pada 31 Ogos lalu.

Katanya, setelah melihat perabot berkenaan, ibunya sentiasa termenung dan mendiamkan diri sahaja.

“Saya membawanya tinggal bersama saya buat sementara kerana bimbangkan kesihatannya.

“Akhirnya janji Kak Wati tertunai. Dia sanggup berhabis untuk melihat kami sekeluarga hidup dengan selesa dan dia pernah berkata tidak mahu hidup susah lagi seperti dahulu.

“Sering kali saya lihat mak menangis sendiri, dan saya selalu menenangkannya dengan mengatakan semua ini ujian daripada tuhan serta sudah pasti ada hikmahnya,” katanya.

SH


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive