Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, September 28, 2010

PRK DUN Galas; PAS Sentiasa Bersedia


- Pengalaman Manek Urai Harus Jadi Sempadan
PAS sentiasa bersedia menghadapi sebarang pilihanraya termasuk pilihanraya kecil DUN Galas berikutan ADUNnya Che Hashim Sulaiman yang telah kembali ke rahmatuLlah

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat berkata PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) pilihanraya kecil perlu diadakan kerana masih belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

"Apabila SPR terima notis rasmi, baru kita akan adakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Galas. Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lalu.

"Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan," kata Wan Ahmad.

Sehubungan itu, Speaker DUN Kelantan, Ustaz Mohd Nassuruddin Daud, berkata beliau akan menulis surat kepada SPR sebaik menerima sijil kematian Allahyarham.

"Sebagaimana biasa laporan bertulis akan dibuat secepat mungkin sebaik menerima laporan kematian dari pihak keluarga atau pihak berwajib.

"Kita tunggu sijil kematian Allahyarham sebelum menulis surat kepada SPR bagi menyatakan kekosongan DUN Galas," katanya ketika dihubungi pihak media

(Gambar - Hari penamaan calon PRK manek Urai)

Takziah Kepada Keluarga Chek Hashim

Ketika mengucapkan takziah kepada keluarga Chek Hashim, Tuan Guru Nik Aziz menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilanggan bagi PAS.

Katanya walaupun Che Hashim bukanlah seorang yang banyak pengalaman kerana baru dalam politik, tetapi beliau berjaya membantu perjuangan Islam melalui PAS.

Menurutnya, PAS sedaya upaya membantu Che Hashim untuk mendapat rawatan termasuk dua kali di China dan hospital dalam Negara.

"Saya mengucapkan takziah banyak-banyak kepada keluarga dan rakyat di kawasan beliau, minta Tuhan ampunkan segala dosanya," katanya.

Speaker DUN Kelantan Mohd Nassuruddin Daud menyifatkan pemergian Chek Hashim sebagai kehilangan seorang pemimpin muda yang berwibawa dan banyak berjasa kepada rakyat khususnya di kawasan Gua Musang.
"Kita harap keluarga Allahyarham dapat bersabar dan menerima ketentuan Ilahi sebagai satu ujian," katanya.

DUN Galas

DUN N45 Galas merupakan salah satu kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen P032 Gua Musang, Kelantan. Kawasan ini bersempadan dengan DUN N43 Nenggiri disebelah utara, Merapoh, Pahang Darul Makmur dan Cameron Highland di sebelah selatan. Mempunyai 6 kawasan petiundi majoriti Orang Asli, 2 kawasan petiundi majoriti Cina dan 5 kawasan petiundi majoriti Melayu, menjadikan jumlah kawasan petiundi kesemuanya 13.

Semasa pilihanraya umum ke 12 tahun 2008, jumlah pemilih bagi DUN Galas ialah seramai 10330 (6255 Melayu, 1903 Cina, 172 India dan 2000 Orang Asli) Pada pilihanraya umum ke 12 yang lepas, PAS memenangi kerusi DUN N45 Galas dengan majoriti kecil iaitu 646 dimana Calon Pas YB Chek Hashim Selema mengalahkan Calon BN iaitu En Mohamad Saufi Deraman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang (pada masa itu) yang juga penyandang bagi kawasan berkenaan.

Tiga kategori kawasan iaitu kawasan kampung tradisional termasuk setinggan, kawasan bandar termasuk kawasan perumahan dipinggir bandar yang didiami oleh golongan pertengahan, manakala kawasan yang ketiga pula ialah kawasan kampung orang asli.

Dun Galas merupakan pusat pentadbiran Parlimen Gua Musang yang sekarang ini sedang berkembang pesat. Walaupun kawasan ini bukan merupakan bandar industri, tetapi kawasan ini lebih popular sebagai bandar transit, dimana ia merupakan pintu masuk dari pahang melalui Kuala Lipis, dari Perak melalui Simpang Pulai, Ipoh dan Cameron Highland,


Saingan Sengit Wanita Pemuda Umno & Bahagian


Berita pemergian Chek Hashim, walaupun disambut dengan kesedihan oleh ahli dan penyokong PAS, , ada pihak yang menunggu-nunggu berita tersebut sekian lama.

Sejak kedengaran khabar allahyarham Che Hashim sakit pada tahun 2009, sekurang-kurangnya tiga pihak dalam Umno bahagian Gua Musang yang telah bersaing bagi merebut tempat untuk bertanding.

Antara tokoh yang paling menonjol adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor yang pastinya akan membawa suara wanita Umno seluruh Kelantan bahkan seluruh Malaysia ke pedalaman Gua Musang itu.

Selain Wan Hazani, Ketua Pemuda Bahagian Bazlan Baharuddin dilaporkan telah mengorak langkah awal, mendekati pengundi dan berkempen secara kecil-kecilan, sejak berita Allahyarham Chek Hashim mengidap barah kritikal tahun lalu.

Bazlan yang juga Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, sudah tentu akan membawa lobi pemuda Umno Malaysia yang sudah lama hanya sayup-sayup kedengaran

Namun, sudah pasti orang lama Umno yang cukup terkenal, yang juga Ketua Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ada suara tertentu yang tidak boleh dotolak olek kepimpinan Umno Malaysia.


Pengajaran dari PRK Manek Urai
Bagi PAS, PRK manek Urai harus dijadikan sempadan, pengalaman yang cukup berharga menghadapi siri pilihanraya kecil selepas Tsunami Mac 2008.
Setiap PRK sejak Permatang Pauh bukan lagi permainan bola diperingkat kampung, samada PRK peringkat DUN atau Parlimen, ia sudah menjadi permainan peringkat kebangsaan.
Oleh itu, PAS Kelantan perlu berhati-hati dan tidak hanya menjadikan sentimen kenegerian sebagai aset ampuh yang boleh mencipta kejayaan.

Kejayaan tipis 65 undi dinegeri yang dikuasai PAS selama 20 tahun, hampir-hampir memalukan pendokong Pakatan Rakyat seluruh negara.

apakhabarganu.blogspot.com

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive