Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, September 12, 2010

PDRM Berdiam Diri Kes Aminulrasyid


SHAH ALAM 11 Sept - Lawyers for Liberty (LFL), sebuah badan yang disertai peguam yang memperjuangkan hak asasi dan reformasi undang-undang membidas sikap berdiam diri Polis DiRaja Malaysia yang sehingga kini masih belum menyelesaikan kes tembakan yang menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah pada 26 April lalu.

Malah tindakan badan itu untuk menyerahkan memorandum tuntutan keadilan terhadap Aminulrasyid serta mangsa tembakan rambang polis pada 8 September lalu juga dilayan secara sambil lewa dan acuh tidak acuh.

"Pihak Kementerian tidak menunjukkan sebarang usaha untuk melihat perkara ini dan hanya berminat untuk menerima memorandum serta secepatnya mahu kumpulan ini dihantar pergi. Inilah sikap pihak kementerian dan polis yang sering terjadi saat rakyat datang dengan rintihan mereka.

"Tahun ini, remaja Aminulrasyid Amzah tidak lagi dapat merayakan sambutan Hari Raya bersama keluarga dan teman-temannya. Beliau kini dalam persemadian, perjalanan singkat hidupnya ditamatkan pada 26 April lalu dengan peluru anggota polis.
"Bagi keluarganya, musim Aidil Fitri ini menajamkan keperitan segugus rasa kehilangan yang pedih. Beliau, satu-satunya anak remaja di kalangan adik beradiknya yang telah dewasa. Aminulrasyid, anak bungsu yang menghidupkan semangat kekeluargaan di Hari Raya. Beliau adalah lambang kegembiraan silaturahmi sebuah perayaan dan kini beliau telah pergi," kata LFL dalam satu kenyataan.

LFL berkata keluarga Aminulrasyid amat terpukul dengan tragedi tidak terduga ini tetapi demi menjaga maruah, keluarga beliau sabar dan tenang memikul kesedihan mereka dalam menghadapi rintangan pihak berkuasa.
Keberanian senyap mereka kata LFL amat berlawanan dengan tindakbalas biadap pihak berkuasa yang cuba mengelak dan dengan tidak jujur menutup peristiwa jenayah yang berlaku.

"Hanya seorang anggota polis sahaja didakwa untuk kematian sedangkan jelas lebih dari seorang terlibat. Mereka mengarang bukti, dengan membuat dakwaan palsu menemukan parang di dalam kereta.

"Mereka sanggup menuduh Aminulrasyid dan sahabatnya Azammuddin Omar berusia 15 tahun itu, disyaki sebagai penjenayah. Mereka membuat dakwaan palsu bahawa Aminulrasyid cuba memandu keretanya ke belakang, menghala ke arah pihak polis.

"Kenyataan palsu ini merupakan satu jenayah, namun tiada seorangpun dalam hirarki pangkat polis yang didakwa atas sebarang kesalahan jenayah," tegas LFL lagi.
Tambah badan itu perkara ini tidak menghairankan. memandangkan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar sendiri merupakan salah seorang yang membuat kenyataan tersebut.

"Dalam keadaan tiadanya lembaga saluran pengaduan salah laku polis yang bebas, siapakah yang akan menyiasat kesalahan Ketua Polis Selangor sendiri?
"Tentunya juga bukan Ketua Polis Negara (akan pencen), yang menganggap kemarahan orang ramai dengan mengancam untuk menarik balik kesemua anggota polis daripada bertugas di jalanan. Lebih buruk lagi, remaja yang masih bersekolah ini diserang oleh beberapa orang anggota polis setelah kenderaannya diberhentikan.

"Sehingga kini belum ada anggota yang dihadapkan ke mahkamah. Ianya merupakan kegagalan Peguam Negara Abdul Gani Patail kerana beliau memiliki kuasa untuk mengawasi dan menjalankan siasatan polis secara langsung," ujar badan itu.
LFL berkata beban kegagalan paling buruk sekali terletak di atas bahu kerajaan negara ini.
Biarpun sebelum peristiwa pembunuhan Aminulrasyid ini telah dicatatkan sejumlah angka yang amat menganggu berkenaan peristiwa penembakan sewenang-wenangnya oleh pihak polis, tetapi kerajaan gagal campur tangan untuk mereformasikan pasukan polis.
Kata LFL, bahkan ketika Aminulrasyid ditembak, satu kempen sedang berlangsung bagi menuntut keadilan buat Norizan Salleh yang ditembak sebanyak lima kali tanpa sebarang kewajaran, pada bulan Oktober tahun sebelumnya.

Sebaliknya, kerajaan dengan cepat membela tindakan pihak polis yang berdepan dengan kritikan para peguam dan kumpulan hak asasi manusia.

"Andai kata, mereka memperhalusi peringatan tersebut, mungkin Arwah Aminulrasyid berkesempatan menyambut Hari Raya pada hujung minggu ini.

"Dalam perhitungan terakhir ini, pihak kerajaan sedang bergelumang dengan darah Arwah Aminulrasyid. Sekali lagi, harapan kami biarlah ianya menjadi peristiwa yang terakhir. Kami menyeru agar keadilan wajib dilaksanakan terhadap kes Allahyarham Aminulrasyid dan Azamudin ini," kata LFL lagi

SK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive