Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, November 13, 2009

6 cucu alami penderaan seksual | Nizar News


Pasukan penyiasat memeriksa kawasan sekeliling sebuah rumah bagi mencari mayat dan balang yang mengandungi nota yang ditulis lebih 15 tahun lalu oleh kanak-kanak yang didakwa didera secara seksual oleh ahli keluarga mereka. - AP

LEXINGTON, Missouri 12 Nov. - Seorang lelaki Missouri dan empat anak lelakinya didakwa melakukan pembunuhan dan penderaan seksual secara ritual ke atas enam cucunya dan polis sedang menggeledah ladang keluarga itu semalam untuk mencari mayat yang mungkin ditanam di sana.

Pegawai polis enggan menyatakan sama ada mayat yang dicari adalah dewasa atau kanak-kanak, namun menjelaskan ia adalah satu penyiasatan berhubung kes pembunuhan.

"Terdapat tanda-tanda satu atau lebih mayat di beberapa lokasi," kata Syerif Lafayette County, Kerrick Alumbaugh pada satu sidang media.

Jengkaut telah memulakan penggalian mencari sebelum tengah hari dan pencarian dengan lebih berhati-hati dibuat untuk mencari balang berisi nota yang ditulis oleh kanak-kanak yang terlibat mengenai penderaan seksual yang dihadapi mereka.

"Ketika mangsa masih kecil mereka menulis apa yang berlaku dan meletakkannya di dalam beberapa balang dan menanamnya dengan harapan dapat melupakan apa yang telah berlaku," kata jurucakap Peronda Lebuh Raya Missouri, Bill Lowe.

Jenayah ini mula terdedah pada Ogos lalu apabila seorang wanita berusia 26 tahun menghubungi polis dengan memori penderaan selama bertahun-tahun oleh bapa, bapa saudara dan datuknya.

Empat adik-beradiknya yang lain turut memberi kerjasama dengan polis dan lebih banyak pendakwaan dijangka dibuat, kata Lowe.

"Kami percaya terdapat lebih ramai mangsa di luar sana. Jenayah fidofilia tidak pernah cukup dengan seorang mangsa. Ia terus berlaku," ujar Lowe.

Wanita itu menceritakan sembilan insiden penderaan seksual yang dipercayai bermula ketika dia berumur lima tahun dan tamat selepas dia mengandung sehingga dipaksa menggugurkan kandungan pada usia 11 tahun. - AFP


Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive