Khamis, November 05, 2009
Bilik Mahkamah Dikunci Untuk Kira Wang RM4.48 Juta
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Sebuah daripada bilik Mahkamah Sesyen di sini dikunci lebih dua jam Khamis bagi membolehkan pegawai Bank Negara dan kakitangan sebuah syarikat pengurup wang mengira wang tunai dalam pelbagai jenis mata wang bernilai lebih RM4.48 juta sebelum memulangkan wang itu kepada para pemiliknya seperti diarahkan oleh mahkamah.
Bilik mahkamah itu ditutup pada kira-kira 10.30 pagi dan dua mesin kira digunakan untuk mengira wang itu yang disimpan dalam dua kotak khas dan tugas itu berakhir kira-kira 1 tengah hari.
Wang itu disimpan di Bank Negara sejak dirampas dari syarikat pengurup wang, Syarikat K L Resources Sdn Bhd, tahun lepas.
Hari ini dua pengurup wang dan syarikat mereka didenda sejumlah RM105,000 oleh mahkamah selepas mereka mengaku salah terhadap tujuh tuduhan melanggar Akta Pengurup Wang 1998 kerana memiliki mata wang melebihi jumlah yang dibenarkan oleh Bank Negara.
Kamarul Jaman Mydin, 60, dan Mohd Rafik Abdul Rahman, 43, masing-masing didenda RM15,000 kerana memiliki mata wang asing bernilai RM3.49 juta di kedai mereka di Wisma MPL, Jalan Raja Chulan pada kira-kira 12.25 tengah hari, 17 Jun, 2008.
Masing-masing juga didenda RM15,000 kerana melakukan kesalahan yang sama melibatkan mata wang bernilai RM648,138 di tempat yang sama pada 18 Sept, 2008.
Kamarul Jaman dan Mohd Rafik, selaku pengarah syarikat, juga didenda RM15,000 seorang terhadap tiga pertuduhan melakukan kesalahan yang sama di tempat yang sama pada 17 Jun dan 18 Sept, 2008.
Hakim S.M. Komathy Suppiah memerintahkan mata wang yang dirampas dari premis itu semasa serbuan Bank Negara, berjumlah RM4.48 juta, dikembalikan kepada syarikat itu.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Bank Negara Fahmi Abd Moin memberitahu mahkamah yang beliau akan mengemukakan wang itu di mahkamah dan memerlukan sekurang-kurangnya dua jam untuk mengira wang itu menggunakan mesin kira.
Bagaimanapun, peguam Vazeer Alam Mydin Meera berkata pihak pembelaan tidak mencabar mata wang itu yang disimpan dalam dua kotak dan menerimanya sepertimana dikemukakan kerana ia melibatkan proses yang rumit.
Komathy bersetuju dengan Vazeer Alam dan mengarahkan Fahmi untuk hanya membuka kotak itu dan mengesahkan wang itu ada dalam kotak berkenaan.
Semasa mengemukakan rayuan, Vazeer Alam memberitahu mahkamah yang anak guamnya mengalami kerugian sejak serbuan itu di mana Bank Negara telah membatalkan lesen mereka dan 22 staf telah kehilangan kerja.
Selain itu, anak guamnya dijangka mengalami kerugian lebih RM300,000 akibat penyusutan nilai mata wang asing walaupun mahkamah memerintahkan dikembalikan RM4.48 juta itu.
Fahmi berkata ketetapan Seksyen 29(1) Akta Pengurup Wang 1998 bertujuan memberikan peluang perniagaan yang sama rata kepada semua pengurup wang di negara ini dan mencegah beberapa syarikat daripada mendominasi perniagaan mata wang.
Katanya akta itu juga menetapkan bahawa syarikat yang mahu memegang lebih daripada RM250,000, boleh memohon kepada Kementerian Kewangan tetapi KL Resources tidak berbuat demikian.
-- BERNAMA
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
November
(242)
- Exco nafi arak dijual secara terbuka di Kedah- Lim...
- Ku Li : Bakal Realisasikan idea 16 Sept..
- Suami isteri maut,polis cedera parah
- Nasib baik Selangor Dah Haramkan
- Pemuda BN demo, bakar foto Guan Eng
- Kenyataan Media Zuraidah MP Ampang
- Najib musykil doa bala Nik Aziz
- BTN tiada manfaat, hanya dakyah pesong semata-mata
- Nik Aziz Pertahan Isu Doanya, Tidak Salah Daripada...
- Pemimpin Umno-BN Pamer Sikap Kebudakkan Selangor H...
- MB nafi k'jaan negeri tahu dokumen dibocorkan
- Wujud konspirasi jatuhkan Nik Aziz
- Wanita mualaf dirogol
- Skuad Kenari musim 2007-2008 dapat tanah
- Perhatian untuk nama bermula dengan huruf M
- Kerana kroni, tiga projek di Port Dickson terbengk...
- Rakyat Kedah rasai sendiri perubahan PAS berbandin...
- Bukan Islam amat percaya Nik Aziz
- Muhyiddin amal politik primitif: Mahfuz
- Adakah Noordin Mohd Top masih hidup?
- Pengganti Tuan Guru: Hentikan berbalas kenyataan d...
- Aidiladha Tanda Pengorbanan Kepada Agama, Diri Dan...
- Borang 2 Tidak Dihapus,Pas Tetap Gesa Undi Pos DiM...
- BNM siasat pemindahan RM10 juta oleh MB NS
- Biro Tata Negara Hanyalah Propaganda Busuk BN
- Bukti media arus perdana diperguna Umno-Barisan
- Apakah itu ‘Ibadat Korban - Haji’.
- Selamat Hari Raya Aidiladha
- Jangan Sokong EGM Sabtu Ini - Wong Foon Meng
- Seputih mana YB Kota Seputeh?
- Minyak RON95 rosakkan enjin?
- Pemimpin parti politik wang tiada upaya selesai kr...
- Najib 'dikaitkan' dengan kehilangan Bala - Peguam
- NSTP Diperintah Bayar RM100,000 Kepada DSAI
- Bubar SPRM Dan Wujudkan Organisasi Anti Rasuah Bar...
- Anak cekup ibu khalwat
- Pakatan tidak harus syok sendiri
- Pendedahan yang ditakuti BN
- Adik gua kena beli serbuk kari
- Kes Akhil Hayy Dengan JAIS Dah Tiga Tahun Tak Selesai
- NST: Tolong Takutkan Tuhan
- Apakah kesudahan Kota Siputeh?
- Lelaki rakam gadis mandi kena cekup bapa
- Dr Asri persoal pegawai JAIS 'kutuk' Hadi, Nik Aziz
- Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Sokong Keputusan Mahka...
- Apa itu ALZA
- Saiful Nafi Ditawar RM5 Juta
- Sidang DUN Kedah kecoh
- Permohonan Penolakan Pertuduhan Kes Liwat II Ketua...
- PM Lulus Lesen Judi, Ustaz-ustaz Umno Sunyi Sepi ??
- SPR gagal halang Pilihanraya Kota Siputeh
- Jangan takbur di Tanah Suci
- Nik Aziz Membuatkan Umno Gelabah
- Macamana SPRM nak jadi macam FBI
- Dilema politik Kedah
- Husam: Saya tak akan tinggalkan PAS di tengah jalan
- Mayat Tanpa Kepala Ditemui Terdampar Di Pantai Mer...
- ADUN Sungai Puyu nafi kosongkan kerusi, tinggal DAP
- Bedah Siasat Teoh Beng Hock Selesai
- PAS sukar di Kota Siputeh
- UMNO DAN SERIGALA
- Nasib 427 ekoq lembu korban BN lebih baik
- Lawak Ahad: Kelate vs N.Sembilan
- Sidang DUN N.Sembilan kecoh
- Dua saudara jumpa ikan berkepala buaya
- Bedah Siasat Rungkai Misteri Kematian Teoh Beng Ho...
- Nik Aziz antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia
- Santokh Singh Kini Koma Di HKL | Nizar News
- Muhyidin dan 9 yang lain disaman RM105 juta | Niza...
- Siapa dapat apa dalam urusniaga pembelian kapal se...
- Kubur Teoh Beng Hock Digali Hari Ini
- Lagi Ahli Umno DiTahan Kerana Rasuah | Nizar News
- Siswa disiasat kes kepala babi di surau | Nizar News
- Mangsa doktor potong | Nizar News
- Skandal PKFZ: Cadangan KSU Sidek hanya untuk 'beli...
- Wajib Baca : Perbezaan PAS dan UMNO | Nizar News
- Penduduk Degil Enggan Pindah | Nizar News
- Mengenali ibadah korban | Nizar News
- Anwar Beri Jaminan Urusan Ambil Alih Hutang Talam ...
- SPR bertindak di luar bidang kuasa - Hanipa Maidin...
- SPR dicadang diletak bawah parlimen | Nizar News
- Bahaya guna telefon bimbit tanpa pengesahan | Niza...
- Nazri Aziz jumpa Nik Aziz | Nizar News
- Tukar Suka Sama Suka | Nizar News
- Cuci motor dan cuci mata | Nizar News
- MB Selangor Dedah Laporan Kejadian Tanah Runtuh Bu...
- Bala: Kerajaan Tahu Saya Di mana | Nizar News
- Polis disyaki cuba pecah rumah diberkas | Nizar News
- Tanah runtuh di Cheras KL | Nizar News
- Rumah Peguam Sasaran Serangan Bom | Nizar News
- Karpal sahut cabaran dakwa Lingam jika A-G benarka...
- Indeks rasuah merudum: Ahmad Said didesak letak ja...
- Rasul dalam facebook pulak dah | Nizar News
- Makcik peragut | Nizar News
- Pemuda UMNO Salah Teropong | Nizar News
- Kalau Betul Saya Pun Hendak Saham Itu | Nizar News
- Pakatan cabar BN biarkan Dun Kota Seputeh kosong |...
- Usah sembunyi kes suami perkosa anak | Nizar News
- Diatas Kecuaian BN, PKNS Kerugian RM48 juta Dan Ba...
- TIM Puji Kepimpinan Khalid | Nizar News
-
▼
November
(242)