Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, November 04, 2009

Mat Yee Bundle borong tiket bola | Nizar News


PENYOKONG kelab bolasepak Kelantan dari Wakaf Che Yeh, Mat Yee Bundle, 39 (tengah), memborong sebanyak 399 tiket yang mula dijual selama 3 hari di Stadium Sultan Mohamad IV, Kelantan,semalam. - Foto Zaman Huri Isa (BH)

Suhu perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia semakin meningkat.Paras merbahaya bagi sesiapa yang sedang dilanda demam.Ini kerana tinggal beberapa hari saja lagi akan berlangsungnya perlawanan hebat yang sering ditunggu setiap tahun.Namun kali ini finalisnya bukanlah pasukan yang sering ke final.Ada yang terpaksa menunggu selama 40 tahun untuk ke final.Maka tidak salah penyokong kedua-dua pasukan yang akan bertempur Sabtu ini begitu ghairah dan bersemangat.Sepertimana yang ditunjukkan oleh Mat Yee Bundle yang memborong sebanyak 399 tiket yang mula dijual selama 3 hari di Stadium Sultan Mohamad IV, Kelantan semalam.

Ada yang fanatik politik pula mengatakan ini adalah perlawananan negeri BN dan PAS.Aduh sungguh gampang membuat kesimpulan.Gampang tu maksudnya mudah.Apapun ramai yang tidak mungkin bersetuju dengan anggapan begitu.Kelantan memanglah negeri di bawah pemerintahan PAS, manakala N.Sembilan pula BN pekat.Tapi ini adalah bolasepak,dan janganlah mencampur adukkan kuah kari dengan minyak pelincir.Sudah tentu kalau dicampur rosaklah kuah kari,pincanglah minyak pelincir.

Sabtu ini,siapa yang menang pasti bersorak selama sebulan,manakala yang kalah pula terpaksa menunggu sehingga tahun hadapan untuk mencuba lagi.Begitulah resamnya saban tahun.Oleh itu tidak hairanlah kita melihat kerajaan negeri masing-masing menawarkan berbagai ganjaran sekiranya pasukan mereka menang.Ini adalah maruah dan moral pasukan perlu ditingkatkan demi sebuah perlawanan hebat Sabtu ini.


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive