Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, November 13, 2009

Pengantin berdarah | Nizar News



KUANTAN: Dia dijadualkan melangsungkan perkahwinan jam 9 pagi semalam. Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila pengantin perempuan berusia 19 tahun itu terbunuh kira-kira jam 6.15 pagi apabila kereta yang dinaiki untuk ke majlis perkahwinannya terbabit nahas.

Lebih memilukan nahas di Kilometer 17, Jalan Kuantan-Gambang berhampiran Taman Sri Mahkota Jaya, dekat sini, turut meragut nyawa anak, abang dan anak saudara pengantin terbabit.

Dua penumpang Proton Iswara Aeroback yang merempuh belakang sebuah lori simen yang berhenti di tepi jalan itu parah, manakala seorang lagi cedera ringan.

Ketika kejadian, semua mangsa dalam perjalanan ke upacara perkahwinan bakal pengantin perempuan itu, K Kanmany, 19, yang juga ibu tunggal bersama pasangannya, K Kuppusamy, 45, seorang duda, di sebuah kuil Hindu, dekat sini.

Turut terkorban, anak tunggal wanita itu hasil perkahwinan sebelum ini, Shankaran berusia setahun; abangnya, K Balamulrikrishnan, 29, serta anak Balamulrikrishnan, Hariharan, 4.

Isteri Balamurlikrishnan, B Saratha, 25, serta seorang lagi anak pasangan itu, Kartik, 3, parah manakala seorang saudara mereka, S Kaogilan, 18, cedera ringan.

Menceritakan tragedi menyayat hati itu, Kuppusamy, seorang pemandu jentolak berkata, dia sepatutnya menjalani upacara perkahwinan bersama bakal isterinya itu di sebuah kuil di Gambang, kira-kira jam 9 pagi.

Bagaimanapun, kira-kira dua jam sebelum majlis itu berlangsung, dia dihubungi seorang rakan yang memintanya segera ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Menurutnya, ketika itu, dia sedang bersiap-siap untuk ke kuil manakala rakan yang menghubungi itu pula tidak memaklumkan perkara sebenar, sebaliknya hanya memberitahu ada kemalangan.

“Namun, dalam hati saya kuat mengatakan perkara buruk menimpa Kanmany dan keluarganya dan telahan itu ternyata benar apabila dimaklumkan bakal isteri sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, dia mengenali bakal isterinya, seorang penoreh getah dari Kampung Bintang, Maran, lebih dua bulan lalu sebelum mereka sepakat mendirikan rumah tangga.

“Saya terkilan kerana impian mendirikan rumah tangga tidak kesampaian ketika semua persiapan dibuat termasuk upacara perkahwinan.

“Kali terakhir saya menemui Kanmany petang semalam (kelmarin) di rumah Balamurlikrishnan dan dia kelihatan begitu gembira serta tidak sabar menanti hari bahagia kami.

“Malah, kami merancang untuk berbulan madu seminggu selepas berkahwin tapi impian itu kini berkecai,” katanya.

Sementara itu, Kaogilan yang terselamat berkata, dia tidur di tempat duduk penumpang belakang apabila tiba-tiba terjaga selepas terdengar jeritan memberitahu terdapat lori di depan sebelum Proton Iswara Aeroback mereka naiki merempuh belakang kenderaan berat itu.

“Selepas itu, kepala saya terhantuk sebelum terus pengsan dan sebaik terjaga sudah berada di hospital,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Balamurlikrishnan hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar sebuah lori membawa muatan simen yang berhenti di bahu kiri jalan.

Menurutnya, kereta dinaiki tujuh sekeluarga itu dalam perjalanan dari Taman Tas di sini, menuju sebuah kuil di Gambang untuk upacara perkahwinan.

Katanya, keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan selepas tersepit dalam kenderaan yang remuk teruk itu.

Beliau berkata, pemandu lori itu berusia 27 tahun ditahan sementara bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum dibebaskan selepas keterangannya diambil.

hmetro


Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive