Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Jun 02, 2010

Gadis 14 tahun lakukan seks di kawasan hutan

Remaja 14 tahun mengaku ada hubungan seks dengan kekasih

HULU TERENGGANU - Buta cinta. Seorang gadis berusia 14 tahun sanggup merelakan dirinya dinodai apabila secara sukarela melakukan hubungan seks biarpun hanya di kawasan hutan di Kampung Tok Gebok di sini, dengan teman lelakinya, 17 Mei lalu.

Kejadian antara jam 4.30 petang hingga 7 malam itu, terbongkar apabila mangsa, pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah sekitar Ajil, menceritakan peristiwa berkenaan kepada ibu saudaranya 30 Mei lalu, kemudiannya memaklumkan kepada ibu mangsa sehingga membawa kepada laporan polis, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Tok Randok keluar bersiar-siar di sekitar Pekan Ajil dengan membonceng motosikal bersama teman lelakinya berusia 17 tahun yang juga rakan sekolahnya, sebelum mereka ke kawasan hutan untuk melampiaskan nafsu masing-masing.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah berkata, akibat kemaruk cinta juga pasangan kekasih berkenaan sebelum ini dikatakan pernah beberapa kali melakukan aksi 'ringan-ringan' sepanjang bercinta sehingga akhirnya membuatkan mereka terlanjur.

sinarharian


Share

4 ulasan:

  1. Cakap tak serupa bikin....

    Mendedahkan gejala zina di blog kamu....diwaktu yg sama kerana kepentingan perniagaan kamu mengiklankan buku (kamasutra) berkenaan seks di sini......

    Semua tahu bahawa berbagai golongan masyarakat yg melawat blog ini....

    Cari lah rezeki dari sumber yg bersih dan baik...

    BalasPadam
  2. salam
    jadikan iktibar nasihat tu.
    kita btgjwb mmbntu dan mncegah kemungkaran itu

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama8/6/10 7:39 PG

    hmmm....blog ni paling banyak dosa dan maksiat....
    cerita nmpak cm agama...tp dalam masa sama makan duit haram dari iklan2 yg x berguna...tuan pnya blog dh punyai hati yg gelap

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama8/6/10 6:37 PTG

    Terima kasih pada yang komen...
    Iklan buku kamasutra tu adalah iklan dari penyewa berbayar.Blog ini tiada apa2 kepentingan dalam perniagaan buku tersebut spt mana dakwaan tukang komen yg bernama 'king'.Rasanya tiada fatwa yg kata buku kamasutra tu haram dari segi hukum.Kalau ada tolong bagitau pada yg tak tau..

    Kepada 'tanpanama' yg kata blog ni paling banyak dosa dan maksiat,gua taknak komen.Dosa dan pahala hanya hak Allah SWT...

    Teruskan usaha tuan-tuan memberi komen2 demi kebaikan bersama..gua takdak hal punya...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive