Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Jun 11, 2010

Ganja dalam coli


SEORANG pegawai polis menunjukkan coli yang digunakan oleh seorang wanita untuk menyembunyikan dadah di Segamat semalam.

SEGAMAT - Cubaan seorang ibu tunggal menyembunyikan ganja di dalam coli yang dipakainya gagal apabila taktiknya itu dapat dihidu pihak berkuasa yang membuat serbuan di rumahnya di Pekan Jabi di sini Selasa lalu.

Dalam serbuan pukul 4 petang itu, polis menemui ganja seberat satu gram yang disembunyikan di dalam coli kiri berwarna biru yang dipakainya.

Difahamkan, sebelum itu polis hampir berputus asa apabila pemeriksaan menyeluruh di dalam rumah wanita berusia

SEGAMAT - Cubaan seorang ibu tunggal menyembunyikan ganja di dalam coli yang dipakainya gagal apabila taktiknya itu dapat dihidu pihak berkuasa yang membuat serbuan di rumahnya di Pekan Jabi di sini Selasa lalu.

Dalam serbuan pukul 4 petang itu, polis menemui ganja seberat satu gram yang disembunyikan di dalam coli kiri berwarna biru yang dipakainya.

Difahamkan, sebelum itu polis hampir berputus asa apabila pemeriksaan menyeluruh di dalam rumah wanita berusia 29 tahun itu langsung tidak menemui sebarang jenis dadah.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali bagaimanapun berkata, hasil kecekapan polis yang membuat pemeriksaan pada badan suspek dapat menemui dadah tersebut.

"Sebelum menyerbu rumah suspek, kita telah menahan seorang lelaki berusia 39 tahun di Felda Chempelak, Labis di sini pada pukul 2.25 pagi hari yang sama kerana mengedar dadah.

"Pemeriksaan di rumah lelaki itu menemui 144 gram heroin dan dia memberitahu mendapat bekalan daripada wanita tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

kosmo


Share

1 ulasan:

  1. 1 gram punya ganja,20 orang pi raid..polis malaysia memang cekap..100 kilo punya ganja depa tak boleh jumpa..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive