Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Jun 02, 2010

GMJ Anjur Perhimpunan 100,000 Desak Batal Judi Bola Sepak

Oleh Fazli Othman


SHAH ALAM 1 Jun -Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dengan kerjasama 18 pertubuhan bukan kerajaan serta beberapa parti politik bersetuju menubuhkan Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).
Persetujuan itu dibuat selepas pertemuan berhubung 'Status industri judi di Malaysia' yang diadakan di Tingkat 22, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor petang tadi, di sini.
Setiausaha Agung MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata gerakan rakyat bantah judi ini akan dilancarkan di kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman sabtu ini.
"Satu Jawatan Kuasa Khas induk yang terdiri daripada wakil-wakil NGO dan parti politik akan dilantik bagi menggerakan kempen ini.
"Kita secara bersama bersetuju dengan gerakan kempen memansuhkan judi bola sepak sebagai kempen pertama," ujar beliau.
Menurut Azmi, memorandum khas akan diserahkan kepada Parlimen pada 7 Jun dan pada 23 Jun pula katanya gerakan ini akan menyerahkan satu lagi memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kita lihat bukan sahaja orang Islam malahan orang bukan Islam turut membantah judi bola sepak ini kerana memudaratkan kepada institusi keluarga.
"Semacam ada konspirasi dari syarikat judi dengan pihak berkuasa yang memberikan keuntungan kepada kedua-dua pihak.
"Kita minta kerajaan sensitif dengan desakan rakyat yang membantah judi bola sepak," tegasnya dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat tersebut.
Pada sidang media itu, Azmi turut mengumumkan GMJ akan menganjurkan satu perhimpunan 100,000 bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara pada 3 Julai depan.

SK


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive