
PENYERANG Afrika Selatan, Katlego Mphela (kiri) dan pemain tengah, Kagisho Dikgacoi (kanan) meraikan jaringan rakan sepasukan, Siphiwe Tshabalala (tengah) dengan menari bersama-sama pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, malam tadi. Afrika Selatan catat keputusan 1-1 dengan Mexico selepas tamat masa permainan.
JOHANNESBURG (11 Jun 10): Perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 di antara Afrika Selatan dan Mexico sebentar tadi berkesudahan seri 1-1. Afrika Selatan membuka tirai jaringan pada minit ke 55 melalui Tshabalala sebelum gol penyamaan Mexico hadir pada minit ke 79 hasil jaringan pemain pertahanannya,Marquez.
Share