Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Jun 10, 2010

Patutla depa meleleh ayaq liuq


DEY MACHA!!! PATUTLA CUKONG DARAT MINTAK LESEN NAK BUAT JUDI BOLA.
DEPA MELELEH AYAQ LIUQ TENGOK ANGKA 1 BILLION TU.
LEPAS NI TENGOK PULA HASIL SINDIKET PERDAGANGAN DADAH.
KALAU LEBIH DARI 1 BILLION,ELOKLAH JUGA CUKONG-CUKONG DARAT MINTA LESEN JUAL DADAH PULAK.
UNTUNG-UNTUNG KEMENTERIAN BOLEH LULUSKAN LESEN JUAL DADAH...KAH!KAH!KAH!
LEPAS TU TENGOK PULA HASIL SINDIKET PELACURAN,RASANYA LEBIH DARI 10 BILLION...
MINTAK LAGI LESEN....KAH!!!KAH!!!KAH!!!


Sindiket judi bola raih pertaruhan lebih RM1 bilion


2010/06/09

KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti sekurang-kurangnya empat sindiket perjudian bola sepak dalam talian tanpa lesen telah bergiat aktif sejak beberapa tahun lalu, membabitkan wang pertaruhan lebih RM1 bilion.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis telah menubuhkan satu pasukan pada April lalu bagi memantau sindiket terbabit yang dipercayai didalangi beberapa individu termasuk yang bergelar Datuk dan mengandungi pakar teknologi maklumat.
"Kita sedang menyiasat sama ada sindiket ini mempunyai kaitan dengan sindiket antarabangsa atau tidak," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd Bakri berkata, unit pemantau itu akan bekerjasama dengan INTERPOL bagi mengesan kegiatan itu di peringkat antarabangsa.

Bagi membanteras perjudian semasa Piala Dunia di Afrika Selatan yang bermula Jumaat ini, unit pemantuan itu telah melancarkan operasi dikenali sebagai Ops Soga (soccer games) di semua negeri sejak sebulan lalu.

Katanya, sindiket ITU dipercayai turut mengambil pelajar lepasan jurusan IT dengan memberi bayaran lumayan bagi menjalankan aktiviti itu.

Mohd Bakri berkata, sindiket itu turut menggunakan kafe siber sebagai tempat pertaruhan.
Katanya, sindiket itu juga dipercayai bersekongkol dengan along bagi memberi pinjaman kepada mereka yang ingin berjudi.

"Amaran saya kepada sindiket ini, polis akan terus mengesan kegiatan haram mereka habis-habisan," katanya. - BERNAMA

Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive