Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Jun 06, 2010

Pelajar ghaib dari sekolah

2010/06/05

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tingkatan empat sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Lipis, Pahang, ‘ghaib’ dari sekolah berkenaan dan gagal dikesan, sejak sembilan hari lalu.

Lebih membimbangkan, Muhamad Syahfrin Syahiran Razali, 16, tidak menghubungi bapa atau ibunya sejak menghilangkan diri sehingga menimbulkan pelbagai andaian mengenai keadaannya. Difahamkan, punca pelajar pintar terbabit menghilangkan diri kerana tertekan dengan kes perceraian membabitkan ibu bapanya. Ibunya, Nokertini Che Noh, 35, berkata dia hanya mengetahui mengenai kehilangan anak sulung daripada lima beradik itu selepas dimaklumkan bekas suami, Razali Shafie, 35, pada 27 Mei lalu.

“Saya tidak tahu ke mana dan di mana Muhamad Syahfrin sekarang. Selalunya dia akan pulang ke rumah ibu saudaranya atau ke rumah bapanya di Felda Sungai Koyan 1, Raub, dekat sini. “Kami sekeluarga sudah buntu dan bimbang keselamatannya. Malah, pelbagai tanggapan negatif mengenai keadaannya kini dibuat ahli keluarga termasuk diculik atau bergaul dengan budak nakal,” katanya yang datang ke Balai Berita di sini, semalam.


Norkertini berkata, Muhamad Syahfrin seorang anak yang peramah namun mula berubah perangai selepas dia dan bekas suami berpisah.


“Mungkin dia tertekan dengan kejadian berkenaan. Malah, sejak perceraian kira-kira pertengahan tahun lalu, Muhamad Syahfrin mula terbabit masalah disiplin,” katanya.


Norkertini berkata, berdasarkan maklumat terkini diterima bekas suami, Muhamad Syahfrin mendakwa berada di ibu kota namun lokasinya belum diketahui.


“Itupun, dia (Muhamad Syahfrin) menghubungi rakannya beberapa hari lalu mendakwa berada di sini. Saya yakin dia bukan bersendirian.


“Mungkin ada rakan luar yang membawanya ke sini. Apapun, saya berharap supaya dia selamat dan segera pulang ke pangkuan keluarga,” katanya.


Sehubungan itu, ibu bapa Muhamad Syahfrin dan pihak pengurusan sekolah sudah membuat laporan di Balai Polis Raub, dekat sini, mengenai kehilangannya.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Muhamad Syahfrin diminta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa ataupun menghubungi Norkertini di 013-3340247.

hmetro


Share

2 ulasan:

  1. This is really interesting. I learned a lot with your blog. I'd recommend this page to my friends and family. More power to you and to your site! Thank you for sharing this with us.

    ghaib

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama16/7/10 9:28 PG

    Thank you Mary

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive