Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Jun 12, 2010

PKR CABANG TENOM KINI DIBANJIRI AHLI UMNO?

PEJABAT PKR Cabang Tenom dibanjiri lagi dengan kehadiran penduduk-penduduk di beberapa buah kampung yang hadir dengan kerelaan hati mereka sendiri untuk menyertai PKR Cabang Tenom. Mereka datang dengan hati terbuka dan bertekad untuk mendaftar nama tanpa diugut dan paksa oleh sesiapapun.

Penduduk kampung Lagud, Sapong, Kuala Tomani Tenom ini telah lama ingin menyertai PKR memandangkan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional yang mewakili mereka selama ini tidak ‘ingin’ mengambil tahu hal-hal kebajikan mereka.

Kebanyakan dari mereka telah dijanjikan dengan janji-janji muluk pada awalnya namun janji tinggal janji di penghujungnya. Tiada jawapan, tiada tindakan dan tiada diambil perhatian oleh Kerajaan UMNO/BN.

Maka kerana itulah mereka bertekad dan membulatkan nekad untuk menyertai PKR dan berharap sekiranya PKR berjaya mengambil alih tampuk Kerajaan pada PRU 13 kelak, nasib dan kebajikan mereka akan terbela.

Rata-rata yang hadir meluahkan rasa kecewa mereka terhadap kepimpinan BN di daerah Tenom yang mereka ibaratkan lebih mementingkan kepentingan sendiri dari keutamaan kepada rakyat yang telah mengundi mereka. Malah mereka berikrar untuk bertindak ‘lebih bijak’ pada PRU13 yang akan datang ini.

Sambutan yang begitu menggalakkan oleh penduduk kampung di daerah Tenom mencuit perhatian daripada beberapa kroni wakil-wakil rakyat yang kebetulan berada di daerah Tenom.

Dari satu sumber yang sahih menyatakan ‘aura’ PKR di daerah Tenom benar-benar menggusarkan hati mereka terutamanya pada kelompok ‘hardcore’ UMNO/BN.

Untuk mengelirukan penduduk setempat, maka kuncu-kuncu UMNO/BN telah mewar-warkan propaganda yang kononnya PKR ‘membeli’ ahli dengan menawarkan wang bagi mereka yang ingin menyertai PKR.

Satu andaian yang sangat kolot dan ketinggalan zaman kerana PKR bukan sekadar menerima keahlian baru dengan begitu sahaja, PKR Cabang Tenom juga telah merakamkan pengakuan bertulis dan rakaman video yang merakam suara hati rakyat Tenom.

Maka dukacita dimaklumkan bahawa propaganda UMNO/BN hanyalah sekadar omongan kosong yang sekadar untuk menyedapkan hati mereka yang kegelisahan melihatkan gelombang reformasi semakin kuat melanda daerah Tenom.

Sabahkini



Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive