Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Jun 10, 2010

Umno-BN Kecam Istael Tapi Benarkan Kapal Zionis Berlabuh Di Malaysia

Oleh Fazli Othman


KUALA LUMPUR 9 Jun - Ketika kemarahan rakyat Malaysia memuncak terhadap serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas kapal misi bantuan kemanusiaan dan dihalang membantu rakyat Palestin yang terkepung di Semenanjung Gaza minggu lalu, kerajaan Umno-Barisan Nasional tanpa moral dan perasaan malu membenarkan sebuah kapal dagang Israel berlabuh di perairan negara Isnin lalu.
Sikap hipokrit dan kedurjanaan Umno-BN ini amat terserlah kerana pada hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentabng usul 15 perkara mengutuk tindakan ketenteraan rejim Zionis itu.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dengan tegas menempelak usul 'hipokrit' yang di bawa Najib sedangkan pada masa yang sama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menjalankan perdagangan secara rahsia dan sulit dengan kerajaan haram Israel yang sejak tahun 1948 menindas dan membunuh rakyat palestin secara terancang.
"Hari ini, media melaporkan sebuah kapal dagang Zim Genova yang mengibarkan bendera negara haram Israel berlabuh di Pelabuhan Klang. Ini membuktikan memang terdapat urusan perdagangan di antara Malaysia dan Israel.
"Miti telah meluluskan permohonan syarikat di negara kita ini untuk membekalkan minyak sawit dan bahan kimia ke Israel dan eksport minyak sawit yang terakhir pada akhir Mei tahun ini manakala pada April, Malaysia telah menghantar bahan kimia ke Israel," ujar Mahfuz
Menurut beliau, dalam minit mesyuarat kabinet 20 Mac 1996 yang dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed telah meluluskan usul membenarkan import eksport dengan negara haram Israel ini secara rahsia dan sulit dan diteruskan sehingga ke hari ini.
"Apa maknanya usul yang dibentangkan Najib pada Isnin lalu. Saya rasa ini adalah usul hipokrit dan Najib hanya mencari kepentingan politik beliau dalam isu rejim Zionis-Israel yang menyerang kapal Mavi Marmara hakikatnya Malaysia membenarkan kapal dagang rejim Zionis-Israel itu dibenarkan berlabuh di sini," tegasnya.

SK


Share
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive