Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 01, 2010

BISNES GAJET SEKS KANTOI


KAJANG – Dengan tawaran serendah RM3 hingga RM8, tiga lelaki yang ada ikatan kekeluargan menjalankan perniagaan menjual peralatan seks kepada pelanggan sekitar Lembah Klang dan pelanggan tertentu dari seluruh negara.

Walaupun penjualannya tidak dilakukan secara terbuka, namun teknik dan strategi pemasaran mereka yang unik berjaya dikesan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Mohd Sakaruddin Che Moog berkata, satu serbuan ke atas sebuah rumah di Bandar Sungai Long, dekat sini pada 27 Ogos lalu sekitar jam 5.30 petang telah berjaya merampas gajet atau peralatan seks bernilai RM8,000.

Menurutnya, serbuan dilakukan IPPD Sentul berpunca daripada iklan berunsurkan seks di Sentul dan mereka telah membuat susulan sehingga Sungai Long. Kes disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.

“Hasil siasatan kita mendapati, gadjet atau perlatan seks ini tidak dijual di luar tetapi suspek hanya menjual secara terus melalui panggilan telefon.

“Ia dipercayai dipasarkan sekitar Lembah Klang dan dijual dengan harga lingkungan RM3 hingga RM8.

“Tiga suspek lelaki berusia 17, 21 dan 52 tahun ditahan berhubung aktiviti berkenaan. Kesemuanya mempunyai hubungan anak beranak serta kawan dan mereka disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zakaruddin turut mendedahkan taktik dua wanita Indonesia di Taman Bukit Permai yang terbabit memperdagangkan manusia.

Sakaruddin berkata, bagaimanapun strategi mereka terbantut apabila serbuan yang dilakukan pada 28 Ogos lalu hasil maklumat orang awam, berjaya menyelamatkan 12 wanita warga Indonesia.

Menurutnya, polis percaya 12 wanita itu digunakan untuk diperdagangkan kepada majikan yang memerlukan khidmat mereka sebagai pekerja dan bukan untuk aktiviti pelacuran.

“Mereka dikurung dalam sebuah bilik dan diberi makanan ala kadar serta dipaksa bekerja bagi mendapatkan hasil tetapi pembekal yang mendapat keuntungan dan tidak memberi gaji kepada mangsa.

“Kesemuanya akan dikurung dalam sebuah rumah dan jika terdapat majikan yang memerlukan perkhidmatan, maka mereka akan dihantar ke lokasi dengan waktu bekerja pada jam 8 pagi hingga 5 petang dan kemudian pulang semula,” katanya pada sidang media di IPPD Kajang, semalam.

Sakaruddin berkata, mereka ditabur pelbagai janji oleh pembekal untuk mendapat kerja tetapi telah ditipu untuk kesenangan pembekal.

Menurutnya setakat ini mangsa termuda berusia 14 tahun manakala paling tua 42 tahun.

Beliau berkata, ada di antara mereka yang diseludup masuk mempunyai permit sah malah ada dalam kalangan itu juga telah berkahwin dan siasatan masih lagi dilakukan bagi memastikan adakah ia sindiket atau sebaliknya.

“Mangsa dihantar ke tempat perlindungan di Bukit Ledang manakala suspek yang berusia 23 dan 31 tahun ditahan reman sehingga 31 Ogos dan disiasat di bawah Seksyen 13, Akta Pemerdagangan Orang 2007,” katanya.

SH


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive