Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, September 05, 2010

Polis Marin M'sia nafi bogelkan pegawai Indonesia

Polis Gerakan Marin (PGM) tidak sewenang-wenang menggunakan gari terhadap rakyat asing yang ditahan mencerobohi perairan negara, kata Komander PGM Datuk Isa Munir.

Beliau berkata pasukan itu juga hanya akan menggari individu yang terlibat dalam jenayah seperti pembunuhan atau rompakan, bukannya terhadap mereka yang mencerobohi perairan.

NONEMerujuk insiden 13 Ogos lalu sebagai contoh, yang menimbulkan salah faham segelintir kumpulan di Indonesia sehingga melancarkan protes terhadap Malaysia, Isa menafikan PGM bertindak kasar seperti didakwa.

Dalam insiden itu, PGM menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia kerana memasuki perairan negara serta menahan tujuh nelayan Malaysia.

Polis Malaysia telah didakwa melepaskan beberapa das tembakan ke arah pegawai penguatkuasa Indonesia ketika kejadian dan selepas ditangkap, mereka digari serta dibogelkan.

Isa yang menafikan dakwaan itu, menjelaskan bahawa pihaknya hanya melepaskan dua das tembakan menggunakan "flare-gun" yang hanya mengeluarkan percikan seperti bunga api dan bukannya peluru, sebagai tanda amaran.

Pistol signal

"Pistol ringan atau pistol signal biasanya digunakan untuk menerangi kawasan, dan bagi mengeluarkan cahaya untuk memberi amaran kepada bot-bot di perairan, ia bukan seperti pistol biasa yang mempunyai peluru.

marine police"Kita tidak akan sesekali melepaskan tembakan berpeluru secara melulu selagi tidak berasakan nyawa kita terancam dan mengikut prosedur," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata PGM juga tidak menggari mereka sejurus tangkapan itu, tetapi terpaksa mengikat tangan seorang daripada pegawai penguatkuasa republik berkenaan dengan tali setelah dia bertindak agresif.

"Kebiasaannya kami yang mengawal perairan tidak membawa gari. Gari hanya akan dibawa dalam operasi, terutama dalam memerangi aktiviti keganasan dan jenayah.

"Tetapi kita terpaksa mengikat tangan salah seorang daripada mereka kerana kita tidak mahu dia bertindak lebih agresif...kita ambil langkah terbaik dengan tidak melakukan sebarang kekerasan terhadap mereka," katanya.

Seluar dalam

Mengenai dakwaan kononnya pegawai Indonesia itu dibogelkan, Isa berkata seorang daripada mereka menyorok di bilik enjin ketika ditahan dan keadaannya ketika itu memang sudah hampir bogel dengan hanya berseluar dalam.

fishing trawlers 231216 fishermenIsa turut mempersoalkan tindakan penguatkuasa Indonesia itu yang melarikan diri ketika didekati PGM selepas mereka menahan lima bot nelayan Malaysia.

Berdasarkan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), beliau berkata nelayan Malaysia masih berada di perairan negara ketika kejadian.

"Sebelum itu, PGM mendapat maklumat bahawa nelayan kita ditahan (oleh polis Indonesia) dan apabila kita periksa melalui GPS, kita dapati mereka berada di dalam kawasan kita, lapan batu dari Tanjung Punggal, dalam wilayah Malaysia," katanya.

Beliau berkata pada kebiasannya, jika ada nelayan asing mencerobohi perairan negara, PGM akan mendekati mereka dan memberi arahan supaya keluar secara baik.

"Selalunya kita mendekati mereka dan bertanya kepada mereka... mungkin mereka masuk tanpa disengajakan," katanya.

fisherman boats 151204Beliau turut mengingatkan nelayan Malaysia agar memasang dan menggunakan GPS supaya dapat mengetahui di mana koordinat mereka dan tidak melepasi sempadan perairan negara.

"Kebanyakan bot-bot nelayan, termasuk pukat tunda, kini menggunakan GPS, kita hanya dapat menjejak mereka jika berlaku kecemasan sekiranya mereka mempunyai GPS.

"Kebanyakan mereka arif mengenai kawasan perairan, meskipun begitu, sebagai langkah berjaga-jaga, kita galakkan mereka menggunakan GPS dalam memastikan bahawa mereka tidak akan melepasi sempadan negara lain," katanya.

- Bernama

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive