Syarikat kerajaan mengalu-alukan pelantikan Kabinet dengan iklan muka penuh mengundang kritikan.
KUALA LUMPUR, 17 Mei — Syarikat kerajaan yang ditubuhkan bagi membina rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dikritik hari ini kerana membayar untuk iklan muka penuh di akhbar Utusan Malaysia milik Umno dan The Star milik MCA untuk memberi ucapan tahniah kepada Datuk Husni Hanadzlah kerana dilantik semula sebagai menteri kewangan kedua.
Iklan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) (gambar) menyiarkan gambar bewarna Husni dari ahli lembaga pengarah, pengurusan dan pekerja.
Menurut seorang pegawai The Star, SPNB dikenakan bayaran RM59,529.60 untuk iklan tersebut.
Pegawai Utusan Malaysia pula mengatakan mereka mengenakan bayaran sebanyak RM37,000 kepada SPNB.
“Mengapa badan berkanun menggunakan duit pembayar cukai untuk mengucapkan tahniah terhadap pelantikan semula menteri? Ini amalan membodek,” kata ahli Parlimen DAP Tony Pua kepada The Malaysian Insider.
“Sesiapa yang meluluskan ini seharusnya dihukum.”
SPNB adalah syarikat dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan.
Ini merupakan penggal kedua Husni memegang portfolio itu bersama-sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melantik dirinya sendiri sebagai menteri kewangan I.
Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengatakan iklan tersebut sebagai “pembaziran” wang awam dan melambangkan obsesi hubungan awam yang telah terbukti tidak memberikan banyak kesan sepertimana semasa Pilihan Raya 2013 lalu.
“Adalah sesuatu yang luar biasa untuk syarikat, terutamanya syarikat kerajaan, untuk mengucapkan tahniah kepada seseorang individu menteri. Ini adalah pembaziran dan menunjukkan contoh tidak baik.
“Ia melambangkan jenis politik fiefdom dan obsesi dengan pendekatan perhubungan awam yang menjadi begitu berleluasa di bawah Najib tetapi tidak memberikan apa-apa kesan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini persoalan timbul mengenai ahli strategi “bilik perang” Barisan Nasional (BN) yang menggunakan jumlah dana besar akan tetapi gagal untuk menghentikan gabungan pemerintah itu daripada kalah lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.
Sumber parti mengatakan BN juga melakukan penyumber luaran strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia.
Stadlen telah menjadi orang utama bagi hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa sementara Farid dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima Bhd kepada Jabatan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas.
“Mereka membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang,” katanya.
Dianggarkan BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013.
BN menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah 133 kerusi, kurang tujuh berbanding apa yang mereka perolehi semasa Pilihan Raya 2008. Gabungan pemerintah itu juga buat pertama kali hilang undi popular semenjak 1969, mendapat 48 peratus berbanding PR 52 peratus.
Gabungan itu walau bagaimanapun menafikan dakwaan ahli strategi bilik perang gagal untuk mencapai sasaran Pilihan Raya 2013, mengatakan mereka masih lagi menguasai Putrajaya dan merampas semula Kedah.
Mereka juga mengatakan berjaya mempertahankan Perak dari dirampas PR, salah satu negeri yang jatuh ke tangan PR pada pilihan raya umum ke 12.
TMI
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
apa ada hal melayu kayakan melayu teruskan
BalasPadamItu belum masuk jumlah yang lesap di Cawangan Berkereta, di BBMB Cawangan Ipoh beberapa tahun dulu. Peristiwa tentunya masih segar diingatan Dato Nawawi Md Awin.
BalasPadamPenulis tak pernah bekerja dlm organisasi besar kut..
BalasPadamSetiap organisasi ada peruntukkan. Lim guan eng pun ada iklan diri dan parti dlm paper. Lim guan eng cina ketua pakatan rakyat. Buleh plak?
Ape? Lim guan eng bukan ketua? Lim kit siang? Ooo.. bukan jugak. Ketua pakatan anwar ke?hadi?
Cina licik oo game dia. Dia tak perlu jd ketua. Dia jd penasihat je. Yg tukang julang bendera dia akhirnya melayu. Yg tukang berhimpun melayu. Yg meraikan kemenangan cina pun melayu....
Utk lebih clear tanya puak anwarinas dlm pas. Sbhgian dr mrk terlibat dlm meting dap utk gerakan saraf parti dap dan pap singapore.
Mat sabu jgn menikus tunduk je ye. Nyatakan kebenaran...bran?
Lagi cara kembangkan pengaruh Pakatan di media baru langganlah bg yang perlu dan mampu? Lihat sini
BalasPadammak long dan pak long suka ..tak pa aih,,,boroih pi la...akhirat nanti mak ong dan pak long tuntut,,,nanti hangpa yang sokong dok sekali dengan dia dalam neraka...
BalasPadamhang dok bagi kat cina kapiak kaya raya tu tak masuk neraka
BalasPadampengarah urusan spnb ni nak abis kontrak tak lama lg, paham paham je la, anak didik dato husni la nak buat camna
BalasPadamkalu hang jadi pengarah urusan spnb, aku pun paham jugak
Padam