Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 24, 2013

RAMAI LELAKI TAK SEDAR DIRINYA DAYUS...BACA NI !




10 Ciri-ciri lelaki dayus | Ramai LELAKI tak sedar dirinya dayus!

1) Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki mana dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan auratnya kepada jutaan manusia bukan mahram.

8 ) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )


sumber

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

8 ulasan:

  1. Hadis tu kena sgt dgn ibrahim. Kasihan lo pada ibahim tak masuk syurga tengok anaknya nuwar bermaksiat dgn lelaki..dn maksiat yg dilakukannya itu adalah penderhakaan kpd ibu bapanya dan akhirnya semua tak masuk syurga.

    Selvaraj
    Hidup azmin!

    BalasPadam
  2. 'ibadurRahman24/5/13 2:12 PTG

    Bukan dayus aje, yg fasik, zalim, termunafik, terkafir pun ramai, cuma banyaknya tak menyedarinya. Perempuan pun sama. Kerana itu kena sentiasa meningkatkan ilmu, bermuhasabah diri, sentiasa beristighfar dan bertaubat, serta memperbanyakkan memperbaharui keIslaman dgn bersyahadah. Pesanan penting, hisab diri sendiri jgn menghisab orang lain.

    BalasPadam
  3. Kesihan dgn isteri pemimpin yg tidak bertudung, dayus!

    BalasPadam
  4. Kesihan dgn isteri pemimpin yg tidak bertudung, dayus!

    BalasPadam
  5. Banyaknya org umno yg dayus...huhu

    BalasPadam
  6. Hey...mu perli saper tu?? Hehe...takkan mahadeath pun dayus gak?
    Anyway, saper yg makan pengat, sendiri mau ingat

    BalasPadam
  7. Kalau pemimpin dayus ,yg sokong pun sama dayus

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama25/5/13 9:40 PG

    Pemimpin yang dayus macam tu ke perlu di sokong dan di angkat sebagai pemimpin? Fikir fikirkan lah...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive