Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 31, 2013

MESTI BACA!!! Kecemerlanagn Di Dunia VS Kecemerlangan Di Akhirat





Kecemerlangan di dunia dan di akhirat saling berhubung kait berdasarkan kata para ulama':

"Dunia adalah tanaman-tanaman untuk akhirat."

Sebagai kiasan, ini menunjukkan bahawa tanaman di dunia mestilah subur, lebat dan sihat supaya buah yang lebat dan manis rasanya boleh dipetik di akhirat. Kalau tanaman sudah layu, kering dan bantut, mana mungkin buah yang elok dan manis boleh dipetik daripadanya? Samalah keadaannya, mana mungkin kita mendapat kecemerlangan di akhirat jika tidak cemerlang di dunia?

Sikap mengabaikan kecemerlangan di dunia, yang kononnya untuk memberi tumpuan kepada kecemerlangan akhirat adalah salah. Sebaliknya, umat Islam mesti cemerlang di dunia kerana itulah penyebab untuk mendapat kecemerlangan di akhirat. Dunia ini penting bagi orang yang mementingkan akhirat. Percayalah bahawa:

"Hidup di dunia ini sangat penting kerana adanya hidup di akhirat."

Dunia adalah modal dalam perniagaan kita untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat. Hidup di dunia adalah tempoh yang sangat krtikal bagi meraih kejayaan di akhirat. Kesilapan kita memanfaatkan kehidupan di dunia akan memberi impak yang sangat buruk di akhirat. jika tempoh masa hidup di dunia ini tidak diisi dengan sebaik-baiknya, maka kekesalan dan kecewaan akan menimpa kita di akhirat. Ingatlah, "Siapa yang menyemai angin, dia terpaksa menuai badai." Kehinaan di dunia akan menyebabkan kehinaan di akhirat.


Mari kita menyingkap hasil bagi seseorang itu memperoleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat.



Kecemerlangan di dunia:


1. Keselesaan dan kemudahan (material dan fizikal).

Sekiranya keperluan material dan fizikal dapat dipenuhi. Maka, kita mendapat makanan yang halal dan baik, rumah yang selesa, kenderaan yang bagus, pakaian yang mencukupi dan kesihatan yang elok. Kita tidak digugat oleh kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Semua itu mestilah diperoleh secara halal dan toyyib.


2. Ketenangan dan kebahagian (spiritual).

Mendapat kesejahteraan hati (qalbun salim). Dengan itu, terbentuklah rumah tangga yang harmoni (baiti jannati), masyarakat yang penyayang dan negara yang aman makmur serta mendapat keampunan Allah S.W.T.



Kecemerlangan di akhirat:


1. Keredhaan Allah S.W.T.

Diterima sebagai hamba Allah S.W.T dalam erti kata sebenar. Diampunkan segala dosa dan kesalahan. Dikurniakan rahmat dan pengampunan di akhirat kelak.


2. Syurga yang abadi.

Mendapat pembalasan syurga yang kekal abadi daripada Allah S.W.T.


Dua kategori kecemerlangan (di dunia dan di akhirat) itulah yang disebut di dalam Al-Qur'an dan ia mesti dimiliki oleh umat Islam. Kedua-dua kecemerlangan ini saling berkait rapat dan tidak boleh terpisah, Hubungannya terjalin dalam bentuk yang bersepadu. Islam tidak mengajar kita untuk meminggirkan dunia kerana akhirat dan begitulah sebaliknya. Wallahua'lam.

nukeufo89

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive