Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 31, 2013

Mahasiswa desak Zahid letak jawatan

Sekumpulan mahasiswa hari ini berhimpun di Kementerian Dalam Negeri mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi meletakkan jawatan, ekoran penahanan pemimpin politik dan aktivis yang didakwa mereka bermotifkan politik.

Berkumpul bawah terik matahari di pintu pagar utama di Putrajaya, kira-kira 30 mahasiswa hadir menyatakan bantahan mereka terhadap menteri yang baru dilantik itu.
Mereka menyatakan pendirian berhubung penahanan itu bermula terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan mendakwa walaupun menteri bertukar tangan, kementerian itu didakwa terus bersikap berat sebelah.
Selagi ini berterusan, wakil pro-Mahasiswa Abdul Muqit Muhammad berkata, pasukan polis tidak akan bebas.

Tarikan di protes tersebut ialah kehadiran ketua Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohammad Safwan Anang, yang baru dibebaskan dengan ikat jamin hari ini selepas didakwa bawah Akta Hasutan 1948 pada hari Rabu.

Katanya, tangkapan tersebut bermotifkan politik kerana orang tertentu yang didakwa, dan ia mencemarkan profesionalisme Kementerian Dalam Negeri dan polis.
"Zahid mesti meletakkan jawatan jika dia tidak dapat menyelesaikan masalah ini," katanya sambil mendakwa Zahid telah menyalahgunakan kuasanya dengan melibatkan polis dalam pendakwaan terpilih itu.

Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama1/6/13 1:50 PG

    Katanya, tangkapan tersebut bermotifkan politik kerana orang tertentu yang didakwa, dan ia mencemarkan profesionalisme Kementerian Dalam Negeri dan polis.
    "Zahid mesti meletakkan jawatan jika dia tidak dapat menyelesaikan masalah ini," katanya sambil mendakwa Zahid telah menyalahgunakan kuasanya dengan melibatkan polis dalam pendakwaan terpilih itu.

    apa punya bangang la statement ni. Dah org langgar peruntukkan undang2. tangkap aje la. lain kali check dulu apa charge tangkapan. Kalau macam ni senang la ajaran parti DAP tapi budak melayu yg tukang kumpul.sape salah je pi pakat kumpul ramai2 dpn balai atau penjara.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive