Ini maklumat baru yang diterima.
Seorang lelaki warganegara Myanmar berjaya ditangkap ketika cuba memasuki pusat pengundian di sebuah pusat mengundi di Petaling Jaya, Selangor.
Dia ditahan ketika cuba hendak memasuki pusat pengundian dalam keadaan gelisah dan seakan takut akan dicekup pasukan bertindak pemantau pilihan raya Pakatan Rakyat, namun akhirnya berjaya diberkas dan dibawa kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, calon KEADILAN parlimen Pandan, Rafizi Ramli memaklumkan di Twitter bahawa beliau akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang kira-kira jam 11.30 pagi ini atas isu yang sama.
Beliau mendakwa terdapat kira-kira empat orang dipercayai warga asing cuba untuk membuang undi di beberapa pusat mengundi sekitar Pandan Mewah.
Beberapa warga asing Bangladesh juga dikesan cuba membuang undi di sekitar Lembah Klang tetapi pasukan pemantau Pakatan Rakyat yang mengesyaki sesuatu pantas melaporkan kepada polis yang berkawal di pintu masuk pusat pengundian.
Difahamkan lebih ramai warga asing Bangladesh dan Myanmar yang memperolehi MyKad secara haram akan keluar untuk cuba membuang undi sekitar jam 2 petang ini.
Mereka dikesan akan menggunakan taktik lama iaitu cuba mempengaruhi petugas SPR untuk membuang undi kerana tidak perlu memeriksa butiran pengundian sebelum masuk ke saluran mengundi yang ditetapkan.
Dalam perkembangan sama, Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim meminta supaya suspek pengundi hantu tidak diapa-apakan dan meminta penyokong Pakatan Rakyat yang melihat situasi berkenaan agar segera memberitahu pihak polis yang bertugas.
Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali pula meminta semua pengundi yang dakwat pada jari telunjuk hilang selepas dicalit agar membuat laporan polis dan kesemua laporan tersebut akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai bantahan.
jalanpulang1978
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
Hantu Hantu moden Malaysia boleh hidup keluar di waktu Siang Hari.....
BalasPadamLebih power dari Hantu GHOST RIDER.
Yahoo!!!!
Syabas petugas PR!!! 5 jam jer lagi...gagalkan penipuan mereka!!!
BalasPadamKalau dapat, belasah dulu sampai setengah mampos, baru lepaskan suruh balik bagitau kawan2 dia apad akan mereka terima jika datang mengundi di negara orang. Dahlah kita bagi diaorang peluang cari rezeki di sini, mereka pula digunakan oleh umno celaka ni untuk menentukan masa depan negara kita yang tercinta ini.
BalasPadamKepada SPR n PDRM...bertugas dgn ikhlas dn jujur...pilihanraya untuk kita...jgn gadaikan maruah bangsa n negara dgn mlindungi pengundi hantu. ..harini kamu guna mereka untuk menang...esok lusa...mereka guna mykad yg ada untuk keistimewaan yg spatut mereka dpt sbagai warga negara...jgn nnati bangla bole keja PDRM. ..kita tgk le nnti. ..smua ini pasti berlaku skiranya tidak dihalang dari skrg...BANGKIT MALAYSIA...PERTAHAN MARUAH MU..
BalasPadamJgn belasahlah nanti jd kes jenayah pulak.Suh diorg baliklah...duk diam2 jgn campur urusan negara org.PR menang nanti kita ajar c pengkhianat negara ni.
BalasPadamLaporkan kpd wakil PR yg jaga kawasan berkenaan.
BalasPadamBodohlah sgt BN nk upah mat bangla ke indon ke jd pengundi. X pyh tgk ic pun dh tahu yg mrk bkn warganegara. Smpai 1 bas dtg nk mengundi kt kedah...awat x naik helicopter terus, lglah gempak terus. Kt dungun tu siap ada ink di 2 jari lg, xkanlah petugas spr &agen parti tido kot, muka pun sah2 org luar. Ini pasti cubaan pr nk mempersoalkan kredibiliti spr n bn. Kalau nk kalah boleh ambik 'pengundi hantu' sbg alasan x menang...aku pasti puak2 ni dh diuoah oleh pr sendiri
PadamBetul tu...yg kat jerai siap bangla tu sebut nama anwar ibrahim, takde le pulak sebut nama najib ke mukriz ke. Ini mesti ada yg tak kena ni
Padam