Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 08, 2013

KESIAN NAJIB DAH BANYAK KELUAQ MODAI TAPI PRESTASI TERUK


DEY MACHA!!!
GUA TAK PASTI KENYATAAN NI
NAK BURUKKAN PAK LAH ATAU NAJIB
ATAU DUA-DUA SEKALI KENA?
TAJAM BETOI PELURU TUN MAHATHIR NI
BAB NI GUA SOKONG
KAH! KAH! KAH!





Dr M tak sangka prestasi Najib teruk dari Pak Lah

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa beliau tidak menjangka prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum ke-13 akan lebih teruk daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.

Mahathir, yang lantang mengkritik pentadbiran Pak Lah, berkata beliau menjangka presati Najib, sekurang-kurangnya lebih baik
daripada Abdullah, yang mengetuai BN menguasai 140 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2004.

Najib, walaupun sebelum PRU13 menjanjikan Umno dan penyokong BN kemenangan majoriti dua pertiga, hanya mampu menerajui gabungan itu memenangi 133 kerusi Parlimen - kurang tujuh kerusi berbanding dengan pencapaian Abdullah pada 2008.

Mahathir (kiri) berkata, Najib mungkin menghadapi kritikan dari dalam Umno.

Sudah tentu, tambahnya orang akan mempersoalkan keupayaan dan strategi Najib.

Di segi perlembagaan, kata Mahathir, Najib kekal sebagai ketua kerajaan selagi Umno menyokong.

Mahathir berkata beliau juga berkempen untuk pentadbiran Najib, dengan harapan pencapaian mereka akan lebih baik daripada 2008, walaupun beliau tidak menjangka BN mampu memperolehi majoriti dua pertiga.

Beliau mengingatkan bahawa BN harus belajar daripada kesilapan dalam PRU13 dalam berdepan dengan pilihan raya yang akan datang.

Katanya, keadaan boleh menjadi lebih buruk jika BN tidak belajar daripada kesilapan tersebut.

Beliau juga ditanya mengenai tanggapan DAP bekerjasama dengan BN untuk mewakili kaum Cina dalam kerajaan kerana MCA telah membuat keputusan untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan.

Katanya, ia terpulang kepada Umno dan DAP, sama ada mereka mahu mengambil bahagian dalam kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak fikir DAP akan akan berbuat demikian kerana parti itu sentiasa menonjol MCA sebagai "budak suruhan" Umno, dan DAP akan dianggap sama seperti itu jika ia bersama dengan BN.

Sebaliknya, dakwa Mahathir, DAP adalah sebuah parti yang sentiasa mahu berada dalam kedudukan mendominasi.

MK




NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama8/5/13 8:40 PTG

    TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA.

    SEMUA YANG BERLAKU DALAM DUNIA INI SUDAH DITAKDIRKAN OLEH ALLAH.
    MAKA KITA WAJIB PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR.
    JIKA DATO SRI ANWAR IBRAHIM DITAKDIRKAN MENJADI PM.
    PASTI BELIAU AKAN MENJADI PM.
    JIKA SEBALIKNYA BERLAKU. KITA HENDAKLAH REDHO DAN BERSABAR ATAS SEMUA KEJADIAN YANG BERLAKU.

    TAKDIR KINI DATO SRI NAJIB TUN RAZAK MENJADI PM. KITA REDHO APA-APA YANG BERLAKU. SEMUANYA DARIPADA ALLAH.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive