Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Mei 27, 2013

TUDIA...500,000 SUKARELAWAN DIPERLUKAN

Asak pimpinan SPR letak jawatan, 500,000 sukarelawan diperlukan



CGB_505PETALING JAYA, 26 MEI: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan ‘Suara Rakyat 505′ untuk mengasak pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan.

Kata CheguBard, sebaik genap 500,000 sukarelawan, gerakan yang dinamakan #SuaraRakyat505 akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan SPR.

“Rakyat akan bergerak ke SPR sehingga SPR dibubarkan. Boleh?” kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau itu sambil disambut teriakan ‘Boleh’ oleh ribuan hadirin yng membanjiri ‘Himpunan Suara Rakyat 505′ di Padang Timur, semalam.

CheguBard turut memaklumkan borang pendaftaran sukarelawan #SuaraRakyat505 boleh diperolehi melalui laman facebook yang dibina khusus bagi tujuan tersebut.

Manakala rakyat diingatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa bagi membolehkan tuntutan dibuat secara tersusun.

Rakyat_505Tiga tuntutan utama lebih 60 NGO dan parti politik dalam siri himpunan Black 505 di seluruh negara ialah mendesak pimpinan SPR meletak jawatan, menuntut pilihan raya semula di kawasan disyaki berlaku penipuan dan menyokong tribunal rakyat menyiasat penipuan pilihan raya umum ke-13.
CheguBard turut mengulangi pesanan kepada hadirin untuk segera membuat laporan polis, sebagai langkah awal sebelum petisyen pilihan raya dan saman terhadap SPR difailkan.

Dalam pada itu beliau menegaskan, rakyat Malaysia akan berhimpun di Dataran Merdeka selagi pimpinan SPR tidak meletak jawatan.

“Jika Suruhanjaya Pilihan Raya membisu, rakyat habis membeku, kita akan turun ke Dataran Merdeka,” katanya disambut laungan ‘Turun’ ribuan hadirin.

KD

NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

4 ulasan:

  1. Pada Feb 2013 , kami dah bagi tau Pakatan perlu yang PR perlu ada 1000 000 volunteers untuk menangani penipuan SPR dan UMNO (maaf bukan BN ye sebab hanya UMNO alyahudi pandai menipu ) pada PRU 13.

    tetapi macam biasa PAKATAN semua sibuk nak lobi cadi calon dan semua setiausaha agung dah jadi biol ( except DAP) ... tak ambik pot nasihat akar umbi ... sudahnya kami kurangkan kpd 100+- kerusi ..

    dan selepas tok guru HADI PIN ( kawan baik ayoh pin ) buat statement hentam PKR mat pet ... maka kami kurangkan kpd 95+- ...

    baru hari ni nak cari 500 000 sukarelawan ... dah terlambat cigku BARD seame streets..

    tolonglah dengar kata akar umbi .... anda semua bukan politician yang hebat ..

    salam.

    BalasPadam
  2. yup. Yang mnjadi problemnya ialah PR dari parti melayu terlalu sibuk mempersiapkan diri untuk menjadi calon.

    Kalau mereka mengikut perancangan dari YB Tony DAP tentu kita akan dapat ubah.

    Pimpinan tertinggi PAS dan PKR tidak mempunyai strategi yang bagus apatah lagi penyokong akar umbinya yang terlalu berhari raya dengan pilihanraya. Tidak salah kamu mengangkat ke tiga tiga bendera, tapi hal gerakan saraf kamu gagal. politician masih bersifat konservatif.

    Pasti PRU14 akan kami kurangkan budget untuk akar umbi berpesta dlm pilihanraya.
    Kamu telah ada para pemikir yang baik oleh YB2 DAP (tahap pendidikan yang tinggi). Maka selepas ini PR harus mengikut segala arahan demi kebangkitan PR

    Nicholas





    BalasPadam
  3. komen diatas menunjukkan diri kebodohan dalam isu politik sekarang,maaf.

    BalasPadam
  4. http://mynewshd.blogspot.com/
    http://mynewshd.blogspot.com/
    http://mynewshd.blogspot.com/

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive