Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 08, 2013

9 RUMUSAN AWAL KEPUTUSAN PRU 13


Now everyone can vote!!!

Oleh: Hasbie Muda

1. Keputusan secara keseluruhannya bersifat status quo iaitu kerusi Pakatan Rakyat tidak banyak bertambah. Hanya meningkat 7 kerusi di peringkat parlimen dan 71 kerusi di peringkat DUN. Keadaan ini disebabkan oleh pengurangan kerusi majoriti Melayu di luar dan pinggir bandar dan peningkatan kerusi majoriti bukan Melayu dan kerusi campuran di kawasan bandar.

2. Penolakan pengundi bandar terhadap BN membuktikan bahawa program Transformasi Najib khususnya dalam hal ehwal ekonomi tidak diterima oleh golongan pertengahan atau golongan berpendidikan menengah dan tinggi yang majoritinya mendiami kawasan bandar. Ini dibuktikan dengan penguasaan mutlak Pakatan Rakyat di kerusi bandar khususnya ibu-ibu negeri di mana hanya Kangar dan Johor Bharu sahaja masih dikuasai Barisan Nasional. Di Johor Bharu pula, majoriti undi calon BN Tan Sri Shahrir Samad merosot sebanyak 15,215 undi.

3. Kemerosotan undi PAS dan PKR khususnya di kawasan Melayu di luar dan pinggir bandar membuktikan bahawa pengundi Melayu luar dan pinggir bandar ragu-ragu terhadap keupayaan PAS dan integriti kepimpinan PKR. Ia berpunca daripada serangan berterusan media Umno menggunakan isu perkauman, kalimah Allah dan video seks.

4. Selain itu, kemerosotan undi Pakatan Rakyat di kerusi-kerusi tersebut walaupun pada masa yang sama meningkat di Terengganu membuktikan bahawa pemberian dana langsung iaitu BR1M, BP1M dan BB1M sangat berkesan kerana mudah dirasa. Di Terengganu, pengundi sudah terbiasa kerana dana khas (wang ehsan) telah diagihkan sejak tahun 2000 lagi.

5. Peningkatan ketara kerusi PAS di Terengganu khususnya di kawasan bandar seperti Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun membuktikan bahawa keberkesanan jentera pilihanraya PAS selain kerjasama erat PKR. Ia diperkukuhkan dengan pengaruh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus yang membantu peningkatan undi di saluran orang muda di kawasan tersebut.

6. Peningkatan ketara kerusi Pakatan Rakyat di Selangor membuktikan bahawa dasar kerajaan di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim sangat popular di kalangan rakyat Selangor. Pengaruh beliau mengatasi pemimpin utama Pakatan Rakyat sehingga mengagalkan kempen sistematik Barisan Nasional yang gigih berusaha merampas Selangor. Selain itu, peningkatan ketara kerusi PAS di Selangor disumbangkan oleh penyertaan Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam PAS. Beliau berjaya menarik sebahagian besar penyokong Umno untuk menyokong PAS.

7. Punca utama penolakan pengundi Melayu luar dan pinggir bandar adalah masalah celik politik yang rendah walaupun kadar celik maklumat sangat tinggi. Ini membuktikan bahawa projek pembodohan media Umno sejak Merdeka sememangnya telah berjaya. Ini diburukkan dengan kesan program Biro Tata Negara (BTN). Isu yang dibincangkan oleh pengundi Melayu sepanjang tempoh kempen berkisar tentang ancaman kaum lain serta video seks. Ini berbeza dengan pengundi Cina dan pengundi Melayu bandar yang membincangkan isu ekonomi, pendidikan dan masalah kos sara hidup yang tinggi.

8. Kegagalan Dato' Sri Najib Tun Razak untuk mendapatkan majoriti 2/3 kerusi parlimen atau sekurang-kurangnya membaiki prestasi BN berbanding di bawah Pak Lah tahun 2008 dulu membuktikan bahawa beliau telah gagal mengubah Umno dan Barisan Nasional walaupun pelbagai program dan insentif diberikan kepada rakyat. Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai alasan kukuh untuk mendesak Dato' Sri Najib mengambil tanggung-jawab sebagaimana Pak Lah bertanggungjawab meletakkan jawatan sebagai Perdana menteri pada tahun 2009 dahulu. Apapun, hal ini bergantung pada sokongan Tun Dr Mahahthir Mohamad. Jika Tun Mahathir menyokong Najib, Khairy dan Muhyiddin hanya akan berputih mata.

9. Kemungkinan besar, PRU 13 adalah PRU yang terakhir dimenangi oleh Umno/BN. Dalam keadaan hutang negara yang makin meningkat, dijangka ia mencecah antara 800 billion hingga 1 trillion jika program Transformasi ekonomi tidak membuahkan hasil. Kos sara hidup akan terus meningkat. Walaupun insentif dana langsung digandakan tetapi cukai dan pelbagai bayaran seperti tol dan saman AES akan terus menekan rakyat. Melainkan kerajaan di bawah Najib mengamalkan dasar berjimat cermat di semua peringkat termasuk pimpinan utama dan isteri, negara kita sedang menuju kearah ekonomi yang semakin teruk. Ini akan diburukkan dengan hasil petroleum yang dijangka merosot dari tahun ke tahun.


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

17 ulasan:

  1. Tanpa Nama8/5/13 9:17 PG

    cakap boleh lah. anyway memang betul isu cina nak kuasa dan anwar ada problem sebagaimana kata ex abim prof sidek baba menyebabkan melayu tak caya pkr.
    tengoklah cina dan budak pkr bukan main action tahan org. hidup islam di bawah najib. padan muka pakatan. minyak nak turun kirim salam. minyak angin boleh le........... tak faham ekonomi dunia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama8/5/13 9:35 PG

      Betul. Pakatan dah kalah. Majoriti tolak pakatan bodoh........ Cina pakat pekaldai (bukan pekuda) melayu bodoh pkr pas

      Padam
  2. Tanpa Nama8/5/13 9:21 PG

    sebelum nak menuduh PAS dan PKR x mendapat sambutan dari undi melayu sila baca fakta ni dulu:

    Oleh: MSK
    Dalam PRU 1999, orang Melayu lari meninggalkan Umno dan BN kerana kes Anwar. Terengganu terlepas ketangan PAS manakala Kelantan terus kukuh. Di Kedah, majoriti 2/3 dapat dihapuskan…tapi UBN masih dapat mengekalkan Putrajaya kerana undi orang Cina dan India. Cina, India dan SPR menjadi talian hayat kepada Umno.

    Selepas 1999, Umno tak percaya kat Melayu. Melayu tak boleh diharap…dan untuk mengekalkan kuasa, maka UBN menggunakan SPR untuk mengubah sempadan pilihanraya. Sempadan pilihanraya dimanipulasi dengan memastikan dalam setiap kawasan Parlimen atau DUN, mesti ada peratus-peratus tertentu undi Cina dan India.
    PRU 2004..Umno dan BN menang besar. Tapi masa tu mungkin kerana faktor Pak Lah. Lagi pun Mahathir yang dibenci oleh orang Melayu dah berundur.

    Nasib Pak Lah tak baik sebab isteri tersayang meninggal dunia..dan bila dapat bini baru..selalu la kerja overtime.

    Akibatnya, Pak Lah selalu tertidur dalam waktu kerja.
    Bila tiba PRU 2008, keadaan menjadi terbalik. Orang Cina dan India yang dianggap fixed-deposit bagi BN sudah berubah angin.

    Akibatnya, BN kehilangan lima negeri. Satu negeri berjaya dirampas balik dengan tipu helah.

    Tapi sekarang tak sama macam 1999. Lepas tahun 1999, Bn masih boleh mengubah sempadan pilihanraya dan menambah kerusi kerana depa masih lagi menguasai 2/3 Parlimen. Sekarang tak boleh! Undi Cina dan India pun sudah tidak boleh diharap.

    Hanya satu talian hayat yang tinggal yang boleh digunakan oleh Umno dan BN iaitu SPR.

    Selepas PRU 2008, SPr duduk termenung memikirkan apa nak buat untuk memastikan UBN terus berkuasa. Sapa yang fikir SPR adalah badan bebas untuk mengendalikan pilihanraya…mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang *******. SPR diwujudkan untuk memastikan BN terus berkuasa.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama8/5/13 9:22 PG

    Nak tambah kerusi tak boleh. Nak ubah sempadan tak boleh. Tapi ada satu perkara yang boleh dibuat oleh SPR iaitu “Belah bahagi kawasan”.

    Benda ini dibuat sejak Jun 2009. Kalau dulu pengundi dipindahkan..sekarang lokaliti dipindahkan. Contohnya, kalau dulu lokaliti Taman Anggerik termasuk dalam Parlimen Kuala Kangsar, sekarang Taman Anggerik sudah berada dalam Parlimen Padang Rengas.

    SPR tak pindah pengundi..tapi bila lokaliti dipindahkan, maka secara otomatik pengundi-pengundi “terpindah”. oleh kerana lokaliti yang dipindahkan, maka pertambahan dan pengurangan pengundi tidak dimaklumkan dalam Daftar Pemilih Tambahan.

    Akibatnya, ramai la orang parti yang tak tau. Tup-tup..bila ada Pilihanraya Kecil..baru terpinga-pinga, “macam mana 14,000 pengundi sudah dipindahkan?”. Masa tu tak payah cakap dah..sebab bila tiba pilihanraya, apa yang SPR cakap adalah wahyu. Tak boleh dipertikaikan. Nak bising…bawa ke mahkamah. Tapi nak buat apa? pilihanraya dah habih.

    Sapa yang nak pantau apa yang SPR buat? Nak harap parti-parti politik..aku tak harap. Dulu Khalid Ibrahim pernah mengumumkan peruntukan sejuta ringgit untuk memantau SPR. apa yang dibuat dengan duit tu aku tak tau la…tapi bila nama Khalid Ibrahim sendiri kena pindah..baru ada akai!!

    SPR kata, apa yang depa buat ialah untuk menyelaraskan peta SPR dengan peta rasmi negara. Hei..SPR boleh bagi macam-macam jawapan. SPR juga kata “…menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.”
    Nak terima atau tidak jawapan SPR tu? Kalau tak mau terima..nak buat apa?

    Aku boleh terima la jawapan SPR tu sebab masa SPR buat belah bahagi kawasan dulu pun hangpa buat tak tau. Aku cakap pun bukan hangpa nak dengaq.

    Macam mana dengan kes yang ini pulak? Ini cuma satu contoh.
    Dalam PRU 2008, seramai 308 pengundi pos yang terdiri dari anggota polis dari IPD Teluk Intan mengundi dalam DUN Pasir Bedamar…manakala hanya 4 anggota polis yang mengundi secara pos dalam DUN Changkat Jong.

    Dalam PRU tersebut, DUN Pasir Bedamar dimenangi oleh DAP dengan majoriti 7914 undi..manakala DUN Changkat Jong dimenangi oleh PAS dengan majoriti 899 undi.

    Kalau hangpa jadi orang Umno..apa yang hangpa nak suruh SPR buat?
    DUN Pasir Bedamar tu mampuih pi la. Susah nak dapat balik. Tapi..daripada membazirkan undi di Pasir Bedamar..mengapa tidak dipindahkan pengundi yang dah gerenti mengundi BN ke Changkat Jong? BN hanya perlukan 450 undi baru untuk mengalahkan PAS!!

    Tapi kalau dipindahkan terus macam tu saja..nanti orang Pas tau pulak!! Jadi kena buat diam-diam. Dan yang paling selamat dipindahkan ilah undi Pos.

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama8/5/13 9:23 PG

    Langkah pertama ialah dengan menukarkan nombor kad pengenalan polis. Pasai apa ditukar..yang tu toksah risau..jawapan boleh dicipta.

    Pada akhir 2009, nombor-nombor anggota polis sudah siap ditukar didalam daftar pemilih. Masa tu orang tak perasan..sebab sapa yang nak check satu persatu?

    Masuk tahun 2010, pengundi pos yang terdiri dari anggota polis IPD Teluk intan ini ditukar ke DUN Changkat Jong. Tiba-tiba saja DUN Changkat jong mendapat 107 pengundi pos yang baru. Mai dari mana? Bukan ada balai polis baru!

    Check punya check..tengok-tengok anggota polis kat IPD Teluk Intan ditukarkan dari DUN Pasir Bedamar ke DUN Changkat Jong. Yang ni SPR nak cakap apa?

    Apakah sebahagian daripada IPD Teluk Intan sudah dipindahkan ke Sungai Kerawai dalam DUN Changkat Jong? Tak pelik ka…satu balai..tapi anggotanya mengundi di dua DUN yang berbeza?
    Kat bawah ni cuma sebahagian saja. Kalau nak senarai penuh..aku boleh bagi.



    Ini sikit saja..banyak lagi yang kita tak tau. Berapa ramai pengundi Pasir Bedamar yang telah dipindahkan ke Changkat Jong? Tu pasai aku masukkan DUN Changkat Jong sebagai salah satu DUN yang dimenangi oleh PR akan tumbang. Bukan pasai PAs tak bagus..tapi SPR punya kerja.

    Tu baru pindah pengundi pos. Macam mana pulak dengan pengundi baru? Berapa ramai pengundi baru di Perak?

    Jangan terkejut nanti kalau pertambahan pengundi baru di Perak ini lain macam. Kalau tengok gerakkerja, setiap majlis DAP depa akan buka kaunter pendaftaran pengundi baru. Tapi bila tengok statistik..kawasan DAP la yang paling kurang pertambahan pengundi baru di Perak.



    Macam mana boleh jadi macam ni?

    Tapi tengok pulak yang dibawah ni.



    SPr dah buat tak tau kat kawasan DAP sebab depa dah tak harap BN boleh menang. Apa yang depa boleh harap, ialah dengan memenangi kawasan-kawasan PKR dan PAS. Kawasan sedia ada diperkuatkan, manakala kawasan Pas dan PKR dikucarkacirkan.


    Apa yang kita nampak dalam statistik diatas hanyalah pertambahan pengundi secara keseluruhan. (jumlah sekarang tolak jumlah dulu). Tapi kalau dikaji dengan teliti lagi, baru kita boleh tau berapa jumlah yang pindah masu dan pengundi baru…dan berapa pula yang pindah keluar atau mati. Ambik contoh..di Simpang Pulai, jumlah pertambahan ialah 12.2% ataupun 4620 pengundi. Tapi berapa yang dipindah keluar dan berapa yang dipindah masuk?

    Lagi detail kita kaji..lagi banyak manipulasi SPR yang kita boleh bongkar. Kita akan tau macam mana kampung ini dipindah masuk DUN sana. Taman ini boleh dipindah masuk Parlimen sana.

    Kita mungkin ingat pengundi-pengundi kita masih sama sebab tengok jumlah pengundi masih 500 dalam satu UPU itu…tapi kita tak tau ada kemungkinan 500 yang dulu dikeluarkan dan 500 pengundi yang baru dimasukkan.

    Hangpa pi tanya depa yang teringin sangat nak jadi calon tu. Ada Daftar Pemilih terbaru tak?

    Aku yakin..ada tempat yang masih pakai Daftar Pemilih 2008. Kalau ada yang terbaru pun..ada dalam laci Ketua Cabang..
    Kalau nak tumbangkan Umno..kena tumbangkan SPR dulu. Tapi sapa nak buat kerja ni?

    Kalau takat AJK Cabang..aku tak harap. Pegang mouse pun ngetor.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama8/5/13 9:31 PG

    Spr bebas.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama8/5/13 9:35 PG

    N56
    CHANGKAT JONG
    Jumlah Pengundi: 29,072

    Mohd Azhar Bin Jamaluddin (BN)
    12,065

    Mohd Anuar Bin Sudin (PAS)
    10,947

    Suppan A/L Krishnan (BEBAS)
    269
    Hilang Deposit

    MAJORITI
    1,118

    JUMLAH UNDI
    23,716

    PERATUS MENGUNDI
    81.58%

    UNDI ROSAK
    435

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama8/5/13 9:40 PG

    Tipu nak tolong melayu ok lah tu dari pada di perintah kapiak

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama8/5/13 9:41 PG

    Terserah pada ALLAH S.W.T.
    Janji Allah....barangsiapa yang melakukan kebaikan akan dibalas kebaikan jua...
    Barangsiapa yang melakukan kejahatan / kemungkaran akan menerima azabnya....
    Insaflah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama8/5/13 10:24 PG

      Terima sahaja bn dah menang. Harapan rakyat janji di tepati bila lagi mau kena bagi br1m 1200

      Padam
    2. Tanpa Nama8/5/13 10:26 PG

      Tulah tu,,,bn memang bdoh

      Padam
    3. Tanpa Nama8/5/13 10:47 PG

      Pilihanraya da brlalu..yg kaya tambah kaya..yg miskin teruskan berusaha...

      Padam
    4. Tanpa Nama8/5/13 1:36 PTG

      Ko tunggulah nak pru14 lak br leh dpt brim 1200. Tak sabar2

      Padam
  9. Tanpa Nama8/5/13 10:23 PG

    Org umno bodoh

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama8/5/13 10:29 PG

    Seperti ada yg tak kena bila spr minta kputusan awal drp petugas pusat megundi..

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama8/5/13 1:53 PTG

    Orang Melayu ramai lagi yang bahalol tahap bebal terutama orang orang kampong yang malas , bangga hidup mudah hasil rasuah. Sedih tengok Melayu sebegini.

    Orang Cina dan Orang India bijak dan memikir masa hadapan mereka dengan matang. Kualaiti anak anak Cina dan India masih jauh ke hadapan dari Melayu.

    Melayu kampong bangga menang undi hasil dari penipuan , tetapi tak sedar ianya hanya menipu diri mereka sendiri. Menongkat langit yang pendek masa hidupnya akan tetapi sesal terseksa selama hidupnya tidak pula di renungi.

    Melayu bandar sudah sedar perlu matang jika mahu kehidupan baik yang berterusan , dan bukan melalui rasuah. Ini sama seperti pandangan kepercayaan Cina dan India.

    Adakah Melayu Tetap Bahalol sekarang NOW EVERYONE CAN VOTE ?

    BalasPadam
  12. Tanpa Nama8/5/13 9:58 PTG

    kaum cina sudah menguasai ekonomi jadi sekarang diaorang mahu kuasa sebab itu undi berubah jgn kata org cina dh matang la tak nampak lagi ke, org melayu mesti bersatu kalau boleh tunjukan yg kaum melayu yang berkuasa di bumi malaysia ni itu saja yang kita ada sekarang ni.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive