Para pemimpin Pakatan dalam sidang media hari ini bersatu mengukuhkan Pakatan.
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat berharap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sedia menerima pelawaan Pakatan Rakyat bagi menjawab segala persoalan yang timbul sewaktu pilihanraya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei yang lepas.
Ini berikutan cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan agar Pakatan menjemput SPR menjelaskan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum baru-baru ini.
Berkata pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan pelawaan itu tidak boleh ditolak kerana beliau sendiri sudi hadir apabila dijemput Umno.
"Kita bersedia menjemput Pengerusi SPR untuk bertemu dan berdialog bersama pimpinan Pakatan Rakyat mengenai pelbagai persoalan yang timbul sewaktu PRU13.
"Kita harap beliau sudi menerima jemputan kita sebagai tanda keadilan beliau, jika beliau sanggup menerima jemputan dari Umno kenapa tidak Pakatan Rakyat," jelasnya.
Tambahnya, Pakatan Rakyat akan mengemukakan setiap persoalan yang timbul bersertakan fakta dan bukti, dan sebagai Pengerusi SPR, Abdul Aziz perlu menjawab setiap persoalan tersebut.
"Pada pertemuan nanti kita akan kemukakan segala persoalan dan kemuskilan yang timbul sewaktu PRU13, banyak bukti dan fakta kita perolahi.
"Jadi saya harap sebagai pengerusi sebuah agensi yang mengendalikan pilihanraya, beliau (Abdul Aziz) perlu menjawab kesemua persoalan yang dikemukakan tanpa ada sebarang kekeliruan," katanya petang tadi.
Saifuddin yang turut memberitahu Ahmad Maslan yang sebelum ini menyatakan Pakatan Rakyat tidak berani berdepan dengan Pengerusi SPR perlu membantu pertemuan tersebut.
Katanya lagi, jika Abdul Aziz menolak jemputan Pakatan Rakyat untuk berdialog, Ahmad perlu memainkan peranan utama agar pertemuan dapat dilaksanakan.
"Pakatan Rakyat harap Ketua Penerangan Umno dapat membantu agar pertemuan ini dapat direalisasikan.
"Jika Abdul Aziz menolak, beliau (Ahmad) perlu membantu agar petemuan dapat diadakan, kita Pakatan Rakyat tidak takut untuk berhadapan dengan Pengerusi SPR," sambung beliau lagi.
Sementara itu, Saifuddin turut memberitahu Pakatan Rakyat dibawah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli telah mengumpulkan segala bukti penipuan dan penyelewengan yang berlaku pada PRU13 5Mei lepas.
Lebih 29 kawasan parlimen dikenalpasti wujud penipuan sehinggakan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional.
HD
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
Tambahnya, Pakatan Rakyat akan mengemukakan setiap persoalan yang timbul bersertakan fakta dan bukti, dan sebagai Pengerusi SPR, Abdul Aziz perlu menjawab setiap persoalan tersebut.
BalasPadam"Pada pertemuan nanti kita akan kemukakan segala persoalan dan kemuskilan yang timbul sewaktu PRU13, banyak bukti dan fakta kita perolahi.
Ikut law. Masukkan petisyen. panggil peguam. apadaa.
Jgn lupa jemput Obama sekali.Jadi pengadil.
betul...! betul...! takpun panggil kiram....
BalasPadamMustapha nnti pakai spender color lain tau, takut ade org lucut mu punyer seluar, nakkn bukti @ fakta pasal mu punye vedio terhangat tu.......