Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mei 21, 2013

DRAMA 100 HARI AKAN BERULANG


Program 100 hari Najib untuk yakinkan negara, pengkritik parti


KUALA LUMPUR, 20 Mei — Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengeluarkan program 100 hari untuk memenangi hati golongan yang ragu-ragu dengannya dan meyakinkan Umno beliau adalah terbaik untuk memimpin parti dan negara, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, meminjam idea dari pentadbiran Abdullah, kerajaan Najib juga akan bekerja untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam, mengurangkan jenayah dan rasuah, meningkatkan ketelusan dan mengukuhkan keharmonian antara etnik.

“Najib mahu mulakan dengan cepat, dia telah bertemu dengan penasihat tentang ini,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Dalam wawancara bersama Straits Times Singapura 10 hari lalu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga mengatakan program 100 hari Najib akan mempercepatkan program sedia ada untuk mengurangkan jenayah dan rasuah dan mengehadkan kos sara hidup.

“Ini adalah tiga isu utama yang menyebabkan undi bandar beralih,” katanya dan menambah Najib akan terus memperbaiki sektor awam dan ekonomi dan mengembangkan kebebasan awam.

Sumber mengatakan Khairy yang kini menteri belia dan sukan dan menteri muda seperti Menteri Peracangan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan akan menjadi diantara yang akan memainkan peranan penting dalam program 100 hari.

Najib telah menamakan Kabinetnya minggu lalu, campuran veteran dan muka baru, untuk meneruskan program transformasi yang beliau mulakan empat tahun pertama semasa memegang jawatan perdana menteri.

Beliau membawa masuk presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad Datuk Seri Abdul Wahid Omar ke dalam Kabinet memantapkan pasukan ekonomi beliau.

Kempen Barisan Nasional (BN) Najib di atas platform “Negara Lebih Baik” pada pilihan raya umum 5 Mei, akan tetapi kalah lebih banyak kerusi Parlimen, hanya mendapat 133 berbanding 140 yang dimenangi pada Pilihan Raya 2008.

Walaupun Umno menang lebih kerusi dan gabungan itu merampas kembali Kedah, terdapat kritikan terhadap kempen BN dengan perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan beliau menjangakakan prestasi lebih baik.

Pandangan Dr Mahathir dilihat penting oleh kerana pemimpin veteran itu pernah mengkritik langkah penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menghentikan polisinya selepas menang besar dengan mandat 91 peratus pada pilihan raya 2004.

Kritikan Dr Mahathir menyebabkan BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga dalam Pilihan Raya 2008 dan empat negeri, menyebabkan Abdullah terpaksa meletakkan jawatan.

Apabila Abdullah mengambil alih jawatan perdana menteri pada 2003, beliau melancarkan program 100 hari berprofil tinggi menyaksikan permohonan passport lebih pantas dan tangkapan anti rasuah berprofil tinggi.

Pada Febuari 2004, bekas pegarah urusan Perwaja Steel Tan Sri Eric Chia dan Menteri Pembangunan Tanah Tan Sri Kasitah Gaddam ditangkap kerana rasuah.

Pada 13 Febuari 2004, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan sekurang-kurangnya 18 lagi kes rasuah berprofil tinggi menunggu untuk tindakan selanjutnya.

Akan tetapi tiada tangkapan seterusnya dan kedua-dua Eric Chia dan Kasitah dibebaskan daripada kes rasuah mereka.

Dr Mahathir juga melancarkan program 100 hari apabila menjadi perdana menteri pada 1981 dan mengembangkannya dalam manifesto BN “Bersih, Cekap dan Amanah” untuk pilihan raya 1982.

TMI

2 ulasan:

  1. 100 hari ini enjoy sakan aje le belanja duit rakyat konon nya nak buat itu ini.... Kalau sudah bahalol bacul dan penipu, apa pun tak ade punyea. Kesian rakyat kena tanggung si bahalol dan kelibatnya.

    BalasPadam
  2. 100 hari jugak pm ke 7 anwar buat kenduri raikan dap dan dibantu melayu dan india terutama budak2 baru nak naik atas nama pesta rakyat.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive