Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mei 18, 2013

Adun Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut


PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan anggota Dewan Undangan Sri Muda Shuhaimi Shafiei untuk mengetepikan tuduhan menghasut yang dikenakan terhadapnya.

Shuhaimi mengemukakan permohonan itu dengan mempertikai kesahan daripada segi Perlembagaan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya.

Dalam keputusan sebulat suaranya, panel tiga anggota yang diketuai Hakim Datuk Abdul Malik Ishak, menyatakan seksyen itu sah di sisi perlembagaan kerana ia digubal oleh Parlimen.

"Seksyen ini kekal sebagai undang-undang yang sah hingga hari ini," kata Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Mohamed dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Abdul Malik memerintahkan Shuhaimi, 45, menghadirkan diri di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 5 Jun, yang ditetapkan sebagai tarikh sebutan kesnya.

Bagaimanapun, panel itu membenarkan Shuhaimi menangguhkan perbicaraan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan rayuannya terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Abdul Malik meluluskan permohonan penangguhan itu, yang dikemukakan Shuhaimi melalui peguamnya Edmund Bon dan tidak dibantah timbalan pendakwa raya Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikenakan pertuduhan berkenaan pada 2011 kerana menyiarkan tulisan bersifat menghasut dalam blognya srimuda.blogspot.com berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baharu.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Khidmat Rakyat, Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, Shah Alam pada 30 Dis 2010.

Shuhaimi boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Pada 1 April 2011, beliau memfail notis usul di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk memohon mengetepikan tuduhan menghasut itu dengan memberi alasan Akta Hasutan yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya, tidak sah di sisi undang-undang kerana ia bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin hak kebebasan bersuara.

Pada 26 Ogos 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Shuhaimi untuk mengetepikan tuduhan berkenaan.

Susulan itu, beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.- Bernama

SH


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?


P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

7 ulasan:

  1. Tanpa Nama18/5/13 7:52 PG

    Depa dah mula cari jalan nak menjatuhkan PR Selangor dengan dakwaan yang telah basi dan ingat lah PR Selangor Najib telah mula guna jabatan peguam negara untuk mengkucar kacirkan PR Selangor ini dimata rakyat supaya rakyat melihat yang PR Selangor ini tidak telus

    BalasPadam
  2. Pergi mamposlah pemimpin tamak haloba memporakperandakan PKR - mereka ini termasuk AZmin dan Zuraida perlu disingkirkan terus dari PKR - jika tidak rakyat akan tolak PKR secara TOTAL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama18/5/13 9:38 PG

      Benar Tuan, Azmin Dan Zuraidah harus digelapkam Dari PKR. Kalau nak bertanding nanti suruh pakai lambang kunci kalai tak suruh jer pakai lambang BABI..

      Padam
    2. Mengapa perlu jatuhkan azmin? Ahli pkr ampang dan gombak telah diberi penjelasan. Kita ahli pkr kena kuat. Poltik menyerang hal remeh temeh, berhimpun hanyalah strategi bg pru12 dan 13 shj. Itupun sbg langkah menarik sokongan cina. Selepas pru13 pakatan makin kuat. Ini adalah masa utk bekerja. Bukan lagi berhimpun dijalanan. Azmin kuat menyatakan yg akhirnya pemimpin yg berhimpun skrg akan berebut angkat sumpah diparlimen juga. Anwar telah diberi peluang, namun isu nepotisme gagal ditangani. Pkr ampang , gombak bakal pemghulu membawa perubahan politik yg lebih kuat utk diikuti ahli2 pkr yg duduk diluar bandar. Kita harus saling menguatkan lagi pkr.

      Padam
  3. Bila pemilihan PKR akan berlaku. Tak sabar nak humban 2 ekor ni dari spesis Hasan jati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anwar tidak akan mampu menghumban ahli poltik berwibawa seperti azmin. Byk perkara dalam poket azmin. Kami ahli pkr gombak akan memberi tunjukajar kepada ahli pkr luar bandar. Bukakan fikiran kamu. Kita mesti bersatu.

      Padam
  4. Anwar Ibrahim has created enough trouble for the country,Anwar Ibrahim harus bertaubat - Karpal Singh

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive