Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, November 14, 2009

Jalan-jalan di Kuala Kangsar | Nizar News



Selepas si Mugabe rampas kerajaan Perak ...

Oleh tongkatsunan

Sedih melihat jalan raya di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Rasa-rasanya jalan tersebut adalah berstatus Jalan Persekutuan, tapi entahlah. Jalannya yang berlubang sana-sini, baik di tengah, atau di tepi jalan. Cukup membahayakan penunggang motorsikal yang melalui jalan tersebut. Barangkali tiada menteri-menteri yang melalui jalan tersebut, tiada sultan-sultan yang ingin berkereta ke jalan tersebut. Maka seratus kali baik pun, jalannya tetap sama.


Banyak-banyak jalan yang saya lalui, yang hampir sama keadaannya dengan jalan di Kota Lama Kiri, Kuala kangsar ini adalah jalan menuju ke Setiawan melalui Beruas. Sungguh-sungguh menyakitkan hati.

Andai saja perempuan yang mengandung lalu di situ, mungkin akan mengalami keguguran.

Masih ingat lagi sewaktu di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, projek-projek membaiki jalan giat dijalankan di Kuala Kangsar.

Dan apabila naik si Mugabe merampas kerajaan Perak, operasi membaiki jalan-jalan berjalan lagi, tetapi tidak lama kemudian akhirnya berhenti. Belum sempat barangkali, sampai ke Kota lama Kiri.

Siapa yang tidak percaya, bolehlah melalui jalan tersebut, dan jalan yang teruk itu betul-betul berhampiran dengan kilang minyak Afiat. Barangkali tuan punya minyak Afiat ini tidak menyokong kerajaan haram, maka tiadalah diperbaiki jalan buruk di hadapan kilangnya tersebut.

Buat para menteri atau sultan, sila-silalah berkunjung ke Kota lama Kiri ini, tapi kalau hendnak membuktikan kata-kata ini, maka pergi jangan memberitahu, datang jangan dimaklumkan.

Ataupun maklumkan dahulu, beritahu Pegawai Daerah Kuala Kangsar akan kedatangan, pasti jalan tersebut akan cantik dan berseri. Kedua-duanya baik, datang beritahu atau datang senyap-senyap.

Yang tak baiknya, buat nehin je, buat tak paham akan isi kandungan artikel ini.

Pak-pak menteri mesti ingat, rakyat mempunyai kuasa. Dan sultan juga kena ingat rakyat ini rakyat berdaulat.Wallahu ‘alam….


http://tongkatsunan.blogspot.com


Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive