Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 15, 2010

Penjelasan Lompat Parti ADUN Malim Nawar Dibuat Esok


KUALA LUMPUR 15 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri Sitiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham berkata beliau terkejut dengan tindakan ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh yang mengumumkan keluar parti hari ini untuk menjadi anggota Bebas.
"Kita akan meneliti dahulu kandungan dokumen dan kenyataan ADUN Malim Nawar itu dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan.
"Selanjutnya, saya akan mengadakan satu sidang media di lobi parlimen pukul 11.30 pagi esok," kata beliau kepada media di lobi parlimen petang tadi.
Ditanya mengenai tindakan lompat parti oleh ADUN DAP tersebut, Khoo Ham berkata seperti mana yang ditegaskan oleh ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin pagi tadi, Pakatan Rakyat berpegang kepada prinsip dan tidak akan menerima budaya lompat parti.
Sambil itu, beliau menegaskan supaya proses demokrasi dihormati dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan.
Keshvinder adalah ADUN DAP kedua keluar parti itu selepas ADUN Jelapang, Datuk Hee Yit Foong bertindak keluar parti awal tahun lalu yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak diambilalih secara haram oleh Umno-Barisan Nasional.
Beliau mengumumkan keputusan untuk berpaling tadah itu pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa di Subang tengahari tadi.
Keshvinder berkata keputusan untuk keluar daripada DAP atas alasan kerana kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.
Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder mengalahkan calon Barisan Nasional, Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.
Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas pula adalah 4 orang.

SK


Share

1 ulasan:

  1. ....Ditanya mengenai tindakan lompat parti oleh ADUN DAP tersebut, Khoo Ham berkata seperti mana yang ditegaskan oleh ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin pagi tadi, Pakatan Rakyat berpegang kepada prinsip dan tidak akan menerima budaya lompat parti.

    ...memang jelas berbohong...
    1-Apa kata Anwar bila BOTA lompat ke PKR
    2-16 SEPT
    3-Mitos 3 ADUN UMNO lompat ke PKR
    ...Bolehke pembohong dipercayai...kah..kah..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive