Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 19, 2011

DNA pun jadi modal

Habis Modal Punca Isu DNA Anwar Diperbesarkan, Kata Yaakob




SHAH ALAM 18 MAC : Dalam usaha meraih kembali sokongan rakyat di negeri ini, Umno-Barisan Nasional dilihat semakin terdesak sehingga menggunakan pelbagai taktik tidak masuk akal, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anggerik, Yaakob sapari.

Buntu untuk mengembalikan sokongan rakyat yang semakin menebal kepada Pakatan Rakyat, isu penyerahan DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimp pula dijadikan modal politik murahan Umno.

"Mana ada prosedur mahkamah, dah habis perbicaraan baru cari bukti, bila cukup bukti baru prosiding mahkamah diteruskan, dah habis mahkamah baru nak cari
bukti, ini mahkamah mana? Mahkamah serba boleh Barisan Nasional.

"Pakar yang mengatakan, doktor mengesahkan, dalam dubur Saiful itu ada DNA sendiri, perkara ini dah jadi lawak dalam mahkamah, Umno kehilangan idea,"katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah Mega "Ubah Sekarang, Tolak BN" di Dewan Beringin Seksyen 24, di sini, malam tadi.

Bukan itu sahaja katanya, Umno-BN sekali lagi menggunakan strategi jahat mereka dengan memberikan kad pengenalan (IC) kepada golongan bukan warganegara
Malaysia untuk memenangkan mereka pada pilihanraya.

Jelas Yaakob, taktik sama pernah digunapakai oleh Umno-BN di Sabah apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) kalah disebabkan projek IC ini apabila sebanyak 1.5 juta
IC palsu dilepaskan.

"Hari ini dia (BN) nak tawan Selangor, maka projek IC berlaku sekali lagi, Indonesia, Pakistan dapat IC.

"Jadi mereka (BN) dah hilang punca, negara sanggup digadai yang penting pertahankan nak tawan Selangor,"katanya lagi.

Turut hadir ceramah berkenaan ialah Ketua Penerangan Pas, Ustaz Idris Ahmad, Bob Lokman, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. Saturday, March 19, 2011
    HARON TAIB DESAK ANWAR BAGI DNA !
    ketua dewan ulamak pas, dato haron taib dah declare untuk desak anwar bagi DNA dan mintak anwar jelaskan perjuangan pluarisme agamanya..

    kepada anak muda yang tak kenal haron taib, dia ni pemimpin pas yang anti syiah. dia sebenarnya lebih kuat posisinya daripada presiden pas.

    persoalan...adakah ini signal bahawasanya kumpulan perpaduan mahu pas keluar dari gabungan pakatan.

    segalanya mungkin sahabat. haron taib adalah player lama pas.

    ingat lagi kes perpecahan barisan alternatif (gabungan pembangkang) yang pernah diwujudkan selepas pilihanraya 1999 ? barisan alternatif berpecah kerana haron taib bertegas mahu pas meneruskan dasar hudud dan negara islam di kelantan dan trengganu.

    haron taib sudah melihat akan liabiliti politik yag terpaksa pas tanggung demi mendukung biawak hidup si anwar ibrahim.

    kupasan menarik mengenai isu ini. KLIK SINI
    Posted by GAP KEMBALI at 6:00 PM

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive