Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 02, 2011

Panas: Tamparan Cukup Hebat Buat UMNO BN Di Kerdau, Pengasas Serta 'Bekas Ketua UMNO' Felda Jengka 25 Bertindak Keluar UMNO Dan Sertai PAS

KERDAU, 2 Mac [1.45 pm] - UMNO Barisan Nasional menerima tamparan cukup hebat apabila bekas Ketua UMNO Cawangan Jengka 25, Muzamil Mualif (foto), 51, dekat sini mengisytiharkan keluar parti itu malam tadi. Beliau berbuat demikian kerana kecewa dengan permainan politik Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang cuba memperbodohkan warga peneroka dalam isu potongan bayaran balik bantuan tanaman semula (SES). Ketika mengumumkan perkara itu baru-baru Najib dengan bangganya memberi tiga pilihan kepada peneroka berhubung dengan isu itu. Menurut Najib, tiga pilihan berkenaan ialah pertamanya peneroka menerima bayaran kira-kira RM13,000 tetapi bayaran kembali (BK) mereka akan bertambah sebanyak RM650 sebulan. Sementara pilihan kedua ialah peneroka akan mendapat separuh iaitu sebanyak RM6,500 manakala jumlah BK ialah RM500 sebulan. "Cadangan yang dibuat oleh Najib itu jelas sekali cuba untuk menipu peneroka sebenarnya. Duit RM13,000 yang disimpan itu adalah potongan wang peneroka selama ini dan itu adalah hak mereka. Kenapa perlu ada bayaran kembali atas duit mereka sendiri", katanya. Muzamil telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden parti Tuan Guru Hj.Abd Hadi Awang dirumahnya malam tadi. Beliau yang juga merupakan pengasas UMNO selama lebih 25 tahun dan merupakan bekas Naib Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) menyerahkan borang berserta dengan 11 orang pemimpin UMNO cawangan terbabit. Difahamkan beliau juga adalah merupakan bekas Pembantu Khas kepada ADUN Kawasan Sanggang, Abdullah Kia dulu.

[Perkembangan ini jelas sekali memberikan satu kesan mendalam buat puak-puak UMNO BN, kerana Jengka 25 adalah kubu kuat BN sejak azali lagi. Kini pemimpin UMNO sudah mula melihat adanya kepincangan yang ketara dalam pentadbiran kerajaan pimpinan UMNO. Mereka sudah boleh belajar dari kesilapan lalu. Mahu projek sokong pembangkang dan bukannya sokong BN. Buktinya ialah apa yang dapat dilihat sekarang. Banyak projek mee segera ditaburkan kepada rakyat, biar pun berkali-kali pemimpin mereka menafikan ia bukan bertujuan untuk memancing undi. Terkadang sebagai rakyat kita merasa malu melihat tindakan sebegini. Apapun, syabas dan tahniah kita ucapkan kepada pemimpin UMNO terbabit atas keberanian beliau untuk membuat satu keputusan besar ini].

pahangdaily



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive