Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 10, 2011

PATUT LA UMNO MARAH KAT SAIFUDDIN ABDULLAH.....

Anwar: Masalah besar BN atau modal besar Pakatan

Ahli panel forum yang membincangkan tajuk "Survival Parti Politik Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13" di Universiti Malaya (UM) semalam, dilihat memberi pandangan berbeza sewaktu menjawab soalan berhubung pesonaliti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.






Tiga ahli panel yang dijemput - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, dan dua ahli parlimen Pakatan Rakyat - Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dan Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) - memberi pandangan berbeza tentang Anwar sama ada beliau menjadi faktor penarik pengundi kepada Pakatan atau merupakan cabaran BN dalam pilihan raya akan datang.

Forum tersebut adalah anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) diadakan di Dewan Kuliah C Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS).

Bagi Nurul Izzah, sewaktu reformasi meletus pada tahun 1998, beliau, melihat bapanya lebih kepada simbol agenda reformasi dan bukan dari sudut hubungan kekeluargaan.

reformasi 1998 270808 02"(Beliau) adalah simbol kepada (mangsa) kezaliman (yang berlaku) dan bagaimana (beliau) membebaskan institusi demokrasi. Saya melihat beliau bukan kepada peribadi tetapi simbol kepada agenda reformasi," katanya dihadapan kira-kira 120 hadirin.

Katanya lagi, sebagai simbol itu, beliau berharap Anwar yang juga ketua pembangkang diberi ruang untuk ditemuramah atau bercakap di media arus perdana supaya rakyat dapat menilai agenda yang ingin dibawanya.

Manakala rakan gabungannya Nasir pula dilihat bersependapat dengan Nurul Izzah. Bagaimanapun beliau menambah dengan menyatakan PAS "sanggup bersama-sama Anwar" kerana "perjuangannya untuk menghapuskan sistem yang korup dan zalim, dan bukan kerana peribadinya".

reformasi 1998 270808 01"Bukan isu individu (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), tetapi (isu) bagaimana hendak selamatkan Malaysia... Beliau adalah pemimpin yang dikenali (di seluruh dunia)," katanya.

Katanya, rakyat Malaysia perlu berbangga dengan ahli parlimen Permatang Pauh itu yang banyak menyampaikan kuliah atau syarahan di peringkat antarabangsa khususnya di universiti terkemuka sebelum ini.

Menurutnya lagi, sewaktu beliau memimpin Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM sewaktu reformasi meletus, beliau juga diminta untuk memperjuangkan keadilan kepada Anwar yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Dalam antara program terakhir beliau adalah di Universiti Malaya, beliau ada memberitahu kemungkinan beliau akan ditangkap dan dipenjarakan," katanya sambil mendakwa ia merupakan satu kezaliman disebabkan sistem yang ada.

NONESementara itu, Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno berkata terpulang kepada individu itu melihat sama ada Anwar memberi "masalah besar" kepada BN atau "modal besar" kepada Pakatan.

"Itu adalah persepsi masing-masing," katanya sambil menambah "pembunuhan karektor" dalam politik "bukan politik yang segar" dalam konteks politik hari ini.

farizmusa

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. aku dah lama dah cakap mamat saifuddin abdullah ni tak patut masuk umno....ngapa lah dia masuk jugak...masa kat kerdau dia langsung tak tunjuk muka sedangkan dia mp temerloh...banyak sangat menda dia cakap buat khaled norden angin macam dah nak putus urat kentut

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive