Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 04, 2011

Protes saman ekor dengan kertas undi

JASIN, 3 Mac: Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Abdul Wahab (gambar) menyeru para pengundi PRK Dun Merlimau supaya menzahirkan protes terhadap saman ekor melalui kertas undi pada 6 Mac ini.

Katanya, inilah masa yang terbaik dan peluang terdekat bagi rakyat khususnya para pengundi di Merlimau menunjukkan sikap mereka terhadap saman ekor yang seolah-olah merompak wang rakyat.

Menurutnya, kerajaan BN perlu diajar melalui peti undi supaya mendengar keluhan dan rintihan rakyat ekoran menjadi mangsa saman ekor yang dipertikaikan pelaksanaannya sejak dahulu lagi.

“Saya menyeru para pengundi di Dun Merlimau supaya menolak BN dan mengundi calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk memberi peringatan kepada BN supaya jangan sekali-kali mendera rakyat melalui saman ekor,” katanya.

Beliau berkata, walaupun banyak isu yang boleh membuka minda rakyat untuk menolak Umno BN terutama pada PRK Merlimau, namun saman ekor adalah isu yang melibatkan rakyat secara umum.

“Kerajaan BN tidak mahu mendengar pandangan rakyat supaya dimansuhkan saman ekor, jadi eloklah rakyat membantah melalui peti undi dengan mengundi calon PAS di Merlimau dan Kerdau pada 6 Mac ini,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pnerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad meminta semua jentera penerangan parti supaya menyemarakkan protes saman ekor yang tidak adil dan membebankan rakyat.

Ini, katanya kerana masih kedapatan 17.1 juta saman ekor yang disenarai hitam sehingga pihak polis terpaksa melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun sehingga 10 Mac ini.

“Ini bermakna rakyat sudah protes secara senyap terhadap saman ekor. Sila naikkan kain rentang di seluruh negara,” ujarnya.-/ Harakahdaily




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama4/3/11 8:21 PG

    aku sokong saman ekoq pasai baguih untuk semua pengguna jalanraya berdisiplin. sebab aku tak pernah kena saman ekoq. dulu kawan aku cukup marah. tapi la ni dia sokong. pasai apa. pasai dia kena belah kat trafik light oleh budak yang tak mau berhenti masa lampu merah. dah kena kat batang hidung sendiri baru tau. puak pas ni memang hipokrit. islam apa kalau nak galakkan orang buat salah.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive