Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mei 16, 2013

‘Six Million Dollar Man’ Umno dapat jawatan Timbalan Menteri


KUALA LUMPUR, 15 Mei — ‘Six Million Dollar Man' Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman, yang dianugerahkan projek bernilai RM1.3 bilion walaupun tidak mempunyai kelayakan dan rekod dalam pembinaan untuk membina kampus Tapah Universiti Teknologi Mara (UiTM), telah dilantik sebagai timbalan menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamakan Kabinetnya hari ini mengumumkan perlantikkan ahli Parlimen kontroversi Pasir Salak itu sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Insdustri Asas Tani.

Tajuddin diberikan nama jolokan itu selepas beliau dipecat dari Umno pada tahun 1995 berikutan dengan tuduhan membayar RM 6juta untuk mengekalkan kedudukannya sebagai ketua bahagian.

April lalu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Tajuddin membuat keuntungan daripada pembinaan UiTM di Tapah menerusi syarikat miliknya Detik Utuh Sdn Bhd yang menjadi rakan kongsi kepada jurubina sebenar iaitu Crest Builder Holding Berhad.

Beliau mengatakan walaupun bukan syarikat pembinaan aktif dan mempunyai prestasi yang baik, syarikat Tajuddin tetap memperoleh RM1.3 bilion untuk membina UiTM Tapah daripada kementerian pengajian tinggi.

Daripada dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang didedahkan oleh Rafizi pada ketika itu,Tajuddin didapati merupakan pemegang saham sebanyak 450,000 unit dalam Detik Utuh.

Tajuddin juga merupakan pengerusi syarikat berkait kerajaan Felcra.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu menafikan tuduhan Rafizi dan mengugut untuk menyamannya.

Lelaki "pendedah" PKR itu mengatakan beliau tidak takut untuk diheret ke mahkamah di atas pertuduhan tersebut, menegaskan beliau mempunyai dokumen bukti yang kukuh mengenai perkara itu.


TMI



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?

2 ulasan:

  1. Dedah jangan tidak dedah !!!!!

    Berani kerana Benar , hukum alam kubur menentukan azab dunia kita....

    BalasPadam
  2. ?.lelaki pendedah pkr..
    ?..tak takut diheret kemahkamah..la.
    Ceh. Kimak tul. Penat aku baca. Kalau takat menulis je bgtu dlm blog sape pun buleh.

    Dedah la cepat. Kami mau didedahkan demi kebenaran.Buat report ke sprm ka...polis ka.. Tak pyh tnggu nak diheret. Kalau benar jgn tggu org heret. Sindri bikin.bg bukti yg ada tu.aduuu.piang betui la melayu camni.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive