Ahad, Januari 02, 2011
Rumah dihujani bateri,batu
SEGAMAT: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Siapa sangka peribahasa itu menjadi pengalaman unik dan menakutkan bagi penduduk Ladang Bukit Dato Tenang Station, Labis, dekat sini, apabila kediaman mereka dihujani batu dan bateri sejak dua bulan lalu.
Kejadian misteri dan menyeramkan itu mengakibatkan enam keluarga resah dan tidak dapat tidur malam apabila batu gravel, batu landasan kereta api dan juga bateri lampu picit dibaling menghentam dinding dan tingkap hingga pecah.
Malah, kejadian turut disaksikan anggota dari Balai Polis Tenang yang menyiasat tempat kejadian pada malam Rabu lalu.
Seorang mangsa, Ellan Senaya, 39, berkata kejadian misteri itu dikatakan bermula kira-kira dua bulan lalu selepas seorang bomoh dikatakan menangkap makhluk halus sebelum memenjarakannya di dalam botol sebelum ditanam di kawasan perkuburan masyarakat India di situ.
Namun, pada awalnya, kejadian baling batu itu tidak dihiraukan sangat oleh kira-kira 450 penduduk ladang berkenaan kerana mereka beranggapan ia perbuatan kanak-kanak nakal.
“Sebelum ini, hanya bumbung rumah yang dilempar batu dan ia hanya membabitkan enam rumah bahagian dapurnya menghadap pokok getah di lereng bukit di ladang itu.
“Batu dan objek lain disyaki dilempar dari ladang getah menyebabkan ada juga cermin tingkap rumah yang pecah.
“Sejak kebelakangan ini, kejadian misteri itu semakin menjadi-jadi tidak mengira siang atau malam. Pada waktu malam sehingga awal pagi semakin rancak menyebabkan ada jiran saya yang cedera di kepala serta cermin tingkap rumah banyak yang pecah akibat dibaling batu,” katanya.
Ellan yang tinggal di ladang itu hampir 39 tahun berkata, keluarganya amat takut dengan kejadian misteri yang pertama berlaku sejak dia tinggal dan dibesarkan di ladang itu.
Katanya, semua mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tenang pada Rabu lalu dan dua orang anggota polis pergi ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.
Seorang anggota polis, Konstabel Saifudin Yacob, 25, terpaksa memakai topi keledar ketika tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12 tengah malam apabila menyaksikan beberapa cermin tingkap yang pecah tanpa di ketahui sebabnya.
Seorang anggota polis bantuan, Veloo Punusamy, 47, yang berkawal di tempat kejadian pada tengah malam kelmarin turut menyaksikan beberapa batu memecahkan cermin tingkap rumah seorang penduduk.
Apabila beliau bertindak balas dengan cuba memeriksa lokasi arah datangnya batu itu, semakin banyak pula cermin tingkap pecah akibat dibaling dengan batu gravel, batu landasan kereta api dan bateri lampu picit seolah-olah tindakan Veloo menyebabkan kemarahan kepada pihak yang membaling batu berkenaan.
Jiran Ellan, Sathia Kumar, 28, berkata dua sempat merakamkam beberapa gambar yang memaparkan objek misteri berbentuk pancaran cahaya panjang.
Manakala rakannya mendakwa pernah melihat bayangan makhluk setinggi 1.2 meter berwarna putih di tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali menasihatkan penduduk supaya lebih waspada dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi mengenai perkara itu kerana polis sedang menjalankan siasatan.
keretaburuk12
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2011
(1908)
-
▼
Januari
(184)
- HADIAH KEMENANGAN BN
- Rupa - Rupanya Ali Rustam Tak Tahu Politik Tu Apa ...
- PELAJAR MESIR: JAWAPAN MUHYIDDIN DIKESALI
- Asingkan taik cicak tu...
- Pakai Honda 70 Pun Kena Speed Trap
- Sekular Itulah Jahiliyyah
- “Mungkin Ada PRK”
- Live Coverage: Keputusan PRK Dun Tenang
- Tak rasmi: BN berjaya kekal DUN Tenang
- TERGAMAK NAJIB TIPU RAKYAT
- Lawak Ahad: Janda Operate Selaput Dara (40SX)
- ERTI MEMENANGKAN BN DI TENANG
- JEPUN JUARA PIALA ASIA 2011
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 29/1/11
- GEMPAQ!!! 2 EKOQ LEMBU MASUK UMNGONG
- MP Padang Serai umum letak semua jawatan PKR
- Tiada Penari Bogel.. Tapi Dewan Tetap Penuh..
- Umngong Be eNd Gila Kuasa,Orang MC Pun Nak Kecoh
- Suami Untuk Disewa - Business Baru Di Malaysia
- Dah sah! pemimpin Umno memang bodoh
- Umno Sudah Tidak Terpikul Bebanan MCA, GERAKAN dan...
- Menyedarkan Chua Soi Lek
- Dosa yang lebih besar dari seribu kali berzina
- PRK Tenang : Kemenangan besar BN akan mengundang k...
- Guru Wanita Rogol Remaja 16 Tahun Bebas Dengan Ika...
- Logo Baru Liga Msia Macam Penyu PATA
- Soi Lek Makin Melalut
- Apabila Pak Menteri Dangkal Ilmu
- Pecah Rekod Beb!!! : 623 anak luaq nikah
- Alamak!..ramainya ahli kabinet Najib yang bodoh-bodoh
- Anwar: Hentikan label 'penderhaka'
- PRK Dun Tenang, buka wajah sebenar Umno
- Parti Kita: Zaid Ibrahim antara imej katak dan rua...
- LU KOYAK SALAH LOGO LA APEK
- KAMBING LEBIH LAYAK JADI MENTERI
- Bayi baru lahir ditemui mati ditikam
- Live Asian Cup 2011: Uzbekistan vs Australia
- Live Asian Cup 2011: Japan vs Korea Republic
- Ulamak Umno Pedagangkan Agama
- Gambar Terkini Suasana Pilihanraya Kecil DUN Tenang
- Mangsa Banjir Kecewa Kerana Tertipu
- Usul Pindaan : 34 Sokong , 20 Tolak
- Sarung Tangan Apa Ada Hal,Bukannya Kondom
- Chua Soi Lek: Tanya Din Kenapa Isterinya Pakai Tud...
- Kesian dia ni, gagal dididik rupanya.
- Bantuan di perlukan ! Kasihani adik ini
- Umno Bengong, MCA Tongong
- Pusingan 1: BN serang Cina, PAS gempur Melayu
- Wanita lumpuh selepas kena 'love bite' di leher
- Benarkah Najib Bapa Anak Haram?
- Anwar Cabar Najib Debat Isu Peribadi
- Anwar sedia balas taktik 'londeh' Najib
- Lawak Ahad: Made In Japan
- Modal Lapuk BN
- Dun: Umno putar belit tafsir undang-undang?
- Tukar Lokasi: PAS Dukacita Sikap SPR
- Video Dan Gambar Terkini Penamaan Calon Dun Tenang
- Pegawai Haram Pencegah Maksiat
- Speaker: Badrul tipu, SPR diberi notis kekosongan
- Bapa 4 Orang Anak Ditangkap Bersama Janda
- Pengundi Tenang diajak tinggalkan Umno BN
- Lari lintang-pukang diserbu khalwat
- Benarkah Harta Itu Fitnah?
- Tentera Jahat Berjaya Bunuh Seekoq Ayam
- ADUN Merlimau meninggal dunia
- Umno Selangor umpama 'bangkai bernyawa'
- Bunuh Isteri Hamil,Ambil Janin Buat Tangkal Loteri
- Lapan Ditahan Demo Di Program Thaipusam
- Hangpa nak sabotaj ka?
- Selangor Terkini Tiruan
- Sapa cakap Anwar taknak debat?
- DENDA CABUT RUMPUT GANTI SAMAN EKOQ?
- Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong
- UFO turun KL?
- Najib Ulangi Janji Santa Claus Di FELDA
- Anwar ulangi cabaran debat kepada Najib
- Sapa nak demam ni sebenaqnya beb?
- Penari seksi dan Isa Samad di jamuan 1Malaysia
- Perlu ke pembangkang fitnah Rais?
- Kirim ‘ayaq kencing’ kepada Menteri Pelajaran?
- Kerajaan UMNO-BN jatuh.. Ben Razak nak lari kemana?
- Momokan BN "Barang Naik" tepat
- Tuanku Sultan Puji Pembaharuan Yang Dibuat Menteri...
- Selepas kempen, cuba tukar suami calon
- Najib, itu speaker parlimen sudah kasi kontrol, it...
- Melayu Pun "Jeluok" Dengan UMNO....!!!
- Normala Sudirman calon PAS di Tenang
- Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Merayau Dalam Keadaa...
- Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Merayau Dalam Keadaa...
- Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Merayau Dalam Keadaa...
- Selamatkan umat Islam dari industri arak
- Kampung Telok Talipon
- Isu azan, imam masjid atau menteri yang menipu?
- Lawak Ahad: Bilik Hotel
- Debat Buku Jingga: Najib Tak Perlu Gusar, Kata Anwar
- Dr Asri: Benarkan hanya azan di pembesar suara
- Suami Untuk Disewa
- Lelaki Palestin sedang tidur ditembak 10 kali
- Pendidikan seks : Ibubapa jangan bimbang! Ada unde...
- Kesabaran Rasulullah SAW Dalam Berdakwah
-
▼
Januari
(184)
pelik je ni
BalasPadamTerkini : Khairul Fahmi Akan Berhijrah ke Manchester United
ni kes mungkin ada kaitannya dengan mahluk halus..
BalasPadamapa pun semuanya perlukan siasatan..
1. Laman Iklan Percuma Malaysia Terbaik!