Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Januari 05, 2011

'Topi keledar maut’ berharga RM1.2 juta


CANGGIH...topi keledar yang menjadi senjata baru juruterbang RAF.

LONDON: Topi keledar era angkasa lepas baru ini akan membolehkan juruterbang Tentera Udara Diraja Britain (RAF) menembak jatuh pesawat dengan hanya melihatnya.

‘Topi keledar maut’ yang berharga �250,000 (RM1.2 juta) itu menyerupai kelengkapan yang digunakan pelakon filem Star Wars dan satu daripada kemajuan terbesar yang pernah dicapai dalam keupayaan melakukan serangan.

Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang juruterbang untuk memusnahkan musuhnya ialah dengan merenungnya saja.

Sasaran akan muncul dalam pelindung muka juruterbang, membolehkannya memilih sasaran dan menembak.

Lebih menarik lagi, dia boleh menembak sasaran yang berada di sisi, atas atau bawah, asalkan ia boleh dilihat. Ia berfungsi dengan menggunakan penderia pada topi keledar itu.

Ia akan dikesan oleh penderian lain dalam kokpit.

Juruterbang, Mark Bowman berkata: “Ia bermakna berakhirnya pertempuran di udara. Biasanya anda perlu berada di belakang pesawat musuh.

“Dengan topi keledar baru ini, saya menghalakan senjata dengan kepala saya.”

Topi keledar baru itu yang dicipta oleh syarikat Britain, BAE Systems, kini digunakan oleh juruterbang pesawat Typhoon RAF. - Agensi
HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama5/1/11 3:01 PTG

    Baca Wajaalna. Dia takkan nampak, insyaAllah.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8/1/11 11:21 PG

    "Baca Wajaalna. Dia takkan nampak, insyaAllah."

    Setuju di atas tetapi selepas mencipta satu sistem pertahanan/kelengkapan untuk menandingi kecanggihan topi keledar serta pesawatnya.

    Berusaha dahulu serta berdoa dan bertawakal.
    Insyallah.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama8/1/11 11:22 PG

    "Baca Wajaalna. Dia takkan nampak, insyaAllah."

    Setuju di atas tetapi selepas mencipta satu sistem pertahanan/kelengkapan untuk menandingi kecanggihan topi keledar serta pesawatnya.

    Berusaha dahulu serta berdoa dan bertawakal.
    Insyallah.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive