Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Januari 24, 2011

Umno Bengong, MCA Tongong

Umno bingung hadapi isu negara Islam

http://1.bp.blogspot.com/_oKAqpxZjB5c/TGlU5mTPnXI/AAAAAAAALFg/61T3kS8qatU/s1600/Muhyiddin+Menangis.jpgLABIS, 23 Jan: Dalam keadaan pemimpin-pemimpin Umno yang hidup dalam keadaan mewah melampau dan rakyat terhimpit dalam peningkatan kos kehidupan yang semakin membebankan, PAS melahirkan rasa kesal terhadap cara Umno menghadapi isu negara Islam untuk mengalihkan perhatian rakyat di pilihanraya kecil Tenang.

“PAS tegaskan bahawa bentuk negara yang dikehendaki oleh rakyat ialah sebuah negara yang bebas dari budaya rasuah, salah guna kuasa, memaksa akta yang menindas rakyat, bebanan hidup rakyat yang semakin meningkat manakala di waktu yang sama pemimpin Umno hidup mewah melampau dan rakyat terpaksa membayar kos yang bukan kos sebenar,” kata Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini sebagai respon kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyokong tindakan MCA untuk memainkan isu negara Islam di PRK Tenang.

“Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada. Jadi baik juga MCA mengingatkan pada masyarakat Cina,” Muhyiddin dipetik sebagai berkata semalam.

Muhyiddin membuat kenyataan tersebut sebagai menyokong tindak-tanduk MCA yang mengedarkan risalah-risalah berbahasa Cina untuk menakutkan orang bukan Islam terhadap negara Islam dan PAS sehinggakan seolah-oleh merestui juga tindakan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang memperkelehkan adat Muslimat yang tidak bersalaman dengan lelaki bukan muhrim sebagai satu isu politik di Tenang kelmarin.

“Dia (calon PAS, Normala Sudirman) tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," kata Chua.

Sehingga kini, tiada satu pemimpin Umno, Perkasa dan termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Jamil Khir Baharom yang tampil untuk menuntut Chua untuk meminta maaf atas tindakannya yang jelas menghina adat Muslimat, terutamanya calon PAS, Normala Sudirman dalam adab bersalaman seorang Muslim dengan individu yang lain dalam konteks masyarakat majmuk.

Sementara itu, Tuan Ibrahim membidas cara Umno menghadapi isu negara Islam, yang ternyata sangat berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh DAP melalui presidennya Karpal Singh, yang baru-baru ini telah menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam dalam konvesyen Pakatan Rakyat ke-2 di Kepala Batas, bulan lepas.

Sebelum itu, Menteri Besar Johor, Ghani Othman turut serta bersama MCA dalam memainkan isu negara Islam dengan menakutkan pengundi-pengundi di Tenang bahawa ‘PAS ingin menubuhkan negara Islam dan berkeinginankan hukum-hakam yang memotong tangan kepada mereka yang mencuri’.

Dalam menjawab tohmahan Ghani, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, model negara yang ingin PAS perjuangan sudah dapat dilihat daripada pemerintahan PAS di Kelantan untuk lebih 20 tahun.

“Tiada rakyat yang tersisih dalam arus perancangan dan pembangunan. Kita tidak isytihar atau tukar Kelantan ke Darul Islam, ia kekal Darul Naim.

Kita bawa dasar membangun bersama Islam. Islam yg membawa rahmah, bukan menyusahkan rakyat, bukan merosakkan akhlak rakyat, atau menggalakkan budaya negatif,” tambah Tuan Ibrahim.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, usaha UMNO dalam menghadapi isu negara Islam hanyalah bertujuan untuk menakutkan orang bukan Islam kepada Islam dan mengalihkan pandangan rakyat daripada menilai tawaran 100-hari yang diwar-warkan Pakatan Rakyat.

Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa PAS bersama Pakatan Rakyat sudahpun membuat deklarasi bersama untuk menerima prinsip-prinsip yang telah dijamin dalam perlembagaan negara.

“Isu negara Islam segaja dilontar bagi mengalih perhatian rakyat dari menilai tawaran 100-hari Pakatan Rakyat. Umno BN bukan sahaja gagal menyahut cabaran debat, sebaliknya menimbulkan isu remeh temeh soal bersalam, soal sarung tangan yang dipakai calon.

"Ini bukti UMNO BN ketandusan modal bagi menghadapi PAS dan Pakatan Rakyat,” bidas Tuan Ibrahim.



paspb2


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive