
Najib, Muhyiddin, Ali Rustam, Nan Yaakob, Ezam Sesumpah, KJ dan beberapa lagi orang kuat Umno telah mencuba untuk mengetahui bijak atau tidak masyarakat di Merlimau dan Kerdau. Mereka masih belum berpuas hati kerana masih ramai yang celik mata dan hati menilai apa yang mereka lontarkan. Justeru itu, dibawa `ayam-ayam' denak dan `ayam tua' ini membantu.
Rahimi dan Rashid adalah `pesuruh' kepada DS Anwar suatu ketika dahulu. Mak Cik Umi pula sememangnya sejak tahun 1998 lagi adalah `musuh' DS Anwar dan Mak Cik ini pernah dijadikan saksi semasa kes liwat 1 dahulu. Jadi, tidak hairan jika Mak Cik Umi komited untuk terus memburukkan peribadi DS Anwar.

Pedulikan berapa `ekor ayam' yang mahu disabungkan oleh Umno di Merlimau dan Kerdau. Biarkan `ayam-ayam denak' jantan betina ini berkokok semahunya tentang DS Anwar. Mungkin mereka alpa bahawa yang bertanding di kedua-dua kawasan itu adalah dari PAS. Ini membuktikan Umno sudah tiada modal untuk menyerang PAS lagi, maka isu lapok dan basi peribadi DS Anwar dibawa masuk. Isu itulah menjadi penyebab dunia tertawakan negara kita, tetapi isu itulah yang mereka cuba untuk perbodohkan masyarakat di Merlimau dan Kerdau.
Sekarang, terpulang kepada para pengundi di Merlimau dan Kerdau. PR menawarkan PAS sebagai calon dan sekutu Apco pula adalah dari Umno. PAS tawarkan Islam, manakala Umno tawarkan ketuanan Melayu. Semakin kuat serangan media terhadap PR, itu menunjukkan betapa bimbangnya Umno apabila rakyat mengetahui segala bentuk penipuan, rasuah dan penyelewengan mereka. Buatlah keputusan yang baik, biarlah ayam jantan dan betina itu berkokok untuk mencari makan./wfauzdin.blogspot.com
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
macam-mcam berlaku time pilihanrraya..
BalasPadamPerigi Cari Timba dan Jodoh, Bagus Sangat ke Lelaki?
ingatkan ayam tu akan patuk calon bertanding hahaha....org lain yg kena patuk...ayam n sesumpah sekolah mana dulu...kesian mak bapak n chegu dia
BalasPadamaku ada bela ayam tina..kalu dia nak makan dia akan patuk kekiri walhal makanan disebelah kanan..bila dichck rupa2nya kepala dia teleng..ke mamat ni spesis ayam aku..
BalasPadam