Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Januari 06, 2011

Teh Ais Dua Ringgit?? Pundek !!



Memang Pundek!!


Kenapa di hari yang mulia ini, hari aku mencecah umur 30, aku telah dikejutkan dengan beberapa surprise?!!


Pertama sekali ialah seawal saat pertama 5hb Januari, harga minyak RON97 telah mencecah RM2.40 untuk setiap liter. Kurang 30sen dari ketika Paklah menaikkan harga minyak sehingga RM2.70 seliter!! Jadi apa bezanya pentadbiran Najib dan Paklah?


Kedua, aku sekali lagi terkejut Khairy setelah mentelaah segelas teh ais yang regular perisanya. Bila aku tanya berapa harganya, dengan muka tidak bersalah makcik tu kata dua ringgit ! Aku terkedu seketika... sejak bila harga teh ais telah diselaras bagi memudahkan kerja kira-kira??


Tolonglah jangan terkejut, ini bukan di restoran berjenama, ini bukan di coffee house separuh terkenal dan yang paling mustahak, teh ais dua ringgit ini bukan dihirup di kedai mamak Shah Maju 786!! Teh ais dua ringgit didapati di salah sebuah 'gerai' yang terdapat di perkarangan stesen bas Terminal 1 Seremban!! Tahap warong bhai!!


Harga terakhir yang pernah aku bayar untuk segelas teh ais sebelum ini ialah RM1.50 di cafe office. Tetapi hari ini harga teh ais di warong-warong biasa pun sudah mencecah RM2.


Sebelum nie aku tak terkejut bila Nasi Goreng USA harganya RM7 tak termasuk harga air. Aku tak terkejut sebab itu kedai mamak dan aku akan pastikan itulah kali terakhir aku makan di kedai mamak, dan kali terakhir juga aku order Nasi Goreng USA! Aku masih trauma dengan harga teh ais yang setinggi RM2 di warong kopi stesen bas. Trauma bila memikirkan apakah balanya rakyat Malaysia dengan harga-harga untuk keperluan harian selepas ini.


Teh ais adalah minuman pilihan bagi mereka yang bersarapan mahupun minum petang. Cuba kita andai sekiranya teh ais salah satu menu harapan kita, RM2. Nasi lemak lauk telur dengan paru/kerang/sotong, RM4. Sarapan kita hari ini ialah RM6.


Makan tengah hari berapa pulak? Takkan RM5 termasuk air limau ais?? Minum petang kita terpaksa kita skip selepas ini kerana bajet dah lari. Makan malam berapa pulak kalau nasi goreng USA regenya RM7 sepinggan??


Tapi rakyat Malaysia memang steady, diorang apa kisah kalau semua harga barang naik melambung. Sebab itu mereka masih pangkah Barisan Nasional. Ketuanan Melayu mesti diagongkan sebab kalau takde ketuanan melayu, takkan ada orang melayu yang ada tanah hari nie, kalau tak kerana ketuanan melayu, mana mungkin ada jutawan melayu yer tak?


Jadi teruskanlah menyokong kerajaan 'prihatin', setakat RM2 untuk teh ais apa ada hal... Air tin coke pun baru RM1.60 satu tin, maka minum coke sajalah untuk sarapan... Pundek !!




EDYES @ edyesdotcom

edisi melepaskan emosi...

edyesdotcom

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

10 ulasan:

  1. aduhhhhhhhhhh

    sakit dada baca entry ni

    lps ni nak kena minum teh tarik kat ofis jelah, free :-)

    BalasPadam
  2. aku pun kena gak..harga roti canai dari 80sen terus jadi rm1.selaras ngn tahun baru nih.mmg xadil.lokasi kedai area belakang uia gombak..

    BalasPadam
  3. Harga rokok dekat RM10 sekotak korang tak bising pun....memudaratkan kesihatan lagi. Minum air kosong aje....badan pun sihat.

    BalasPadam
  4. pokku(putrajaya)6/1/11 12:58 PTG

    memang pundeklah bro...pundek dari keraJAAN be-end

    BalasPadam
  5. Salam Yob, waaah fasih Yob berbahasa Tamil pepagi nih! Boikot jer makan kat gerai/restoran kome oi!

    BalasPadam
  6. Salam , ehhh...lagi satu, boikot dan sepak kuor parti Bee End tu...siyeh!

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama6/1/11 2:36 PTG

    Salam,

    Daii.. macai, U ada pakai itu Ron 97 ke?? kalau pakai misti itu kereta besarr punya.. kalau tak ada itu RM jangan pakai itu kerata besar la..
    U boleh pkai itu Ron 95, tarak naik itu harga.. itu minyak kita miskin orang juga pakai.. U apa erti..

    Lain barang naik harga, lainkali jgn makan itu kedai mamak... U tau ka itu rempah bikin kari punya India mari punya bukan beli lokal punya tau, itu sebab kari ikan, daging juga sayur ada sikit mahal mamak punya kedai. Kalau mahu makan kena bayar jugak la..

    Dai...ini semua bukan kerajaan punya fasal la.. itu tongkat subsidi sama otak mahu semua murah tolong suruh buang la U jangan pakai la.. semua mahu murah minum air kosong juga la..

    Itu worang mau caj itu teh ice 2.00 apa pasal mahu marah sama kerajaan BN. Kalau 5 tahun lagi kerajaan PR perintah ( jagan harap ) itu teh ice naik harga 5.00 satu gelas U mau marah sama sapa pulak??? Dai... otak kasi cuci sikit la...

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama6/1/11 8:43 PTG

    dey... macha...pundek...maa....mana lu tau itu pr goverment mau kasi naik harga 5 ringgit itu teh ini malaysia skrg sapa control..jangan itu olang marah ,saya pun mau pundek sama itu goverment tadak buat siasat itu kedai minum...lu tapa la minum tody satu botol 10ringgit pun tara kesah cilaka punya olang ...sokong abang kita kasi adieek.......itu makanan kasi turun halaga..ok..BUDAK SENTUL

    BalasPadam
  9. Dasyat la hang pa...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive