Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 12, 2010

BN iktiraf wakil Bebas



M Faqih

KOTA BHARU, 11 April: Anggota Parlimen Shah Alam, Ir Abdul Khalid Samad berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) seakan-akan mengiktiraf lima wakil rakyat Bebas di parlimen.

“Ini dapat dilihat apabila Datuk Seri Zahrain diberi peluang berucap selepas Ketua Pembangkang membahas ucapan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

“Dan selepas itu diberi peluang pula kepada Datuk Ibrahim Ali yang juga berada di blok Bebas. Sedangkan Bebas tidak mewakili rakyat kerana mereka mewakili parti lain ketika menang dalam pilihan raya lepas,” katanya pada ceramah di Kampung Paya Senang, Telipot, malam tadi.

Khalid berkata, anggota parlimen Bebas hanya menjadi pendinding kepada Umno sehingga diberi kedudukan istimewa di parlimen.

Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasurudin Daud berkata, perjuangan Melayu dilaungkan pemimpin Umno tidak ke mana-mana, memandangkan Kelantan yang mempunyai bilangan penduduk Melayu paling ramai cuba disisihkan parti itu.

Menurut beliau sekiranya Umno benar-benar menghayati perjuangan Melayu sudah tentu wang royalti petroleum diberi kepada Kelantan sebagaimana terkandung dalam perjanjian ditandatangani pada 1975.

Beliau juga memberitahu wilayah autonomi di Acheh diberi royalti minyak sebanyak 75 peratus oleh kerajaan Indonesia, sedangkan di negara ini hanya diberi 5 peratus.

harakahdaily






1 ulasan:

  1. Eloklah ada adun bebas..
    Yang bebas ni lebih telus daripada parti besar-besar ni..

    http://thetukartiub.blogspot.com

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive