Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, April 15, 2010

Borang penamaan calon laku, 14 set dijual


Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 14 April — Empat belas borang penamaan calon telah diambil setakat hari ini ketika hanya tinggal tiga hari menjelang urusan penamaan calon pilihan raya kecil Hulu Selangor, Sabtu ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan lebih banyak borang akan dikeluarkan dalam tempoh dua hari lagi.

“Ya, saya lihat banyak borang sudah diambil, kita tengok ada lagi dua tiga hari, mungkin ada lagi akan ambil borang,” kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dengan ringkas kepada The Malaysian Insider.

Setakat Jumaat lalu sembilan borang penamaan calon telah dijual.

Jumaat lalu, beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak borang akan diambil minggu ini.

Borang-borang ini diambil sama ada dari pejabat Pegawai Pengurus Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Selangor di Shah Alam.

Penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor berlangsung 17 April ini manakala hari pengundian dijadual 25 April.

Setiap borang penamaan calon berharga RM20.

Setakat ini empat orang telah menyatakan pendirian akan bertanding sebagai calon Bebas selain pesaing tradisi Barisan Nasional (BN) dan komponen Pakatan Rakyat (PR) akan menurunkan calon masing-masing.

Pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah pada 7 April 2009 menyaksikan 15 calon termasuk BN dan PR bertanding merebut kerusi itu selepas ia kosong kerana penyandangnya, seorang Exco, meletakkan jawatan.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor V. S. Chandran akan bertanding sebagai calon Bebas.

Chandran, 56, yang sedang digantung selama setahun oleh parti, berkata beliau sudah membayar deposit RM5,000 untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

“Saya telah tinggal di sini selama 54 tahun lepas. Saya amat arif dengan kawasan ini, penduduknya dan masalah di sini,” kata ahli perniagaan itu yang digantung oleh parti tahun lalu selepas beliau mendedahkan masalah yang dihadapi bahagian itu kepada media.

Chandran ialah timbalan pengerusi bahagian Hulu Selangor dari 2003 hingga 2009.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, pada 25 Mac akibat barah otak.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim telah dipilih sebagai calon PKR manakala BN dijangka mengumumkan calonnya esok.

themalaysianinsider






KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive