Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, April 09, 2010

Gara-gara isteri tolak seks, suami simbah asid

KUANTAN, 8 April — Seorang peneroka yang berang selepas isterinya menolak melakukan hubungan kelamin, bertindak menyimbah cuka getah ke muka dan tubuh isterinya itu.

Dalam kejadian 2 pagi semalam, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru sahaja pulang ke rumah selepas dipercayai keluar bermain judi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata suspek masuk ke bilik tidur dan mengejut isterinya yang sedang tidur untuk mengadakan hubungan kelamin.

“Wanita berusia 30-an itu bagaimanapun menolak keinginan suaminya kerana dia tidak sihat dan sakit kepala,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek tiba-tiba tiba-tiba naik angin lalu terus mengambil cuka getah yang berada dalam baldi di luar rumah dan menyimbah ke arah badan serta muka isterinya itu.

Zulkifli berkata dua anak mangsa berusia belasan tahun yang turut berada di rumah, segera bergegas mendapatkan ibu mereka untuk memberi bantuan selepas terdengar perkelahian itu.

“Mereka telah memanggil ibu saudara yang juga jiran sebelah rumah untuk membawa mangsa ke klinik kesihatan Bukit Goh sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),” katanya.

Berikutan kejadian itu, kakak ipar mangsa turut membuat laporan polis di Balai Polis Panching kira-kira pukul 4 pagi semalam.

Suspek yang tidak memiliki sebarang rekod jenayah kemudiannya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan dia kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Mangsa yang cedera parah di bahagian muka dan tubuh bagaimanapun dilaporkan stabil,” katanya.

Difahamkan, suspek telah berkahwin dengan mangsa sejak 15 tahun lepas, katanya.

— Bernama





1 ulasan:

  1. Apakah perbuatan atau tindakbals si isteri sejurus sebelum kejadian yang menyayat hati ini terhadap si suami yang mengejutkan beliau dari tidur setelah balik jauh malam dari berjudi sehingga si suami sanggup bertindak di luar peri kemanusiaan?

    Adakah agaknya si isteri menendang/mengkarate/menumbuk si suami?
    Ataupun agaknya menghambur kata-kata kesat ...?
    Atau agaknya membatu diri tidak membenarkan disentuhi si suami?
    Atau agaknya si isteri tidak sedarkan diri/mamai/cakap merapu akibat dari makan ubat terlebih dos akibat sakit kepala?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive